IKLAN BERBAYAR (RM200 Sebulan)

Iklankan Produk Anda Di Quezzo Qwik
Filtering Software For Kids
zopim


Feb 26, 2012

Himpunan Hijau 2.0


Checklist gua untuk Himpunan Hijau 2.0 (Kuantan) esok....

1. Kamera DSLR dah diselenggara dan dibersihkan
2. Bateri kamera DSLR gua dah dicaj
3. Bateri kamera DSLR backup (batery grip) sedang dicaj sebanyak 2 bijik
4. Compact Flash Memory card 8GB telah pun dikosongkan
5. Lens wide angle dan telephoto telah dibersihkan dan dimasukkan dalam beg
6. Bag kamera telah siap dikemaskinikan
7. Air mineral dan garam kasar (satu plastik kecil) dah sedia ader
8. Tuala Good Morning sudah siap dimasukkan
9. Bateri telefon bimbit telah/sedang dicaj
10. Kasut yang selesa telah siap sedia
11. T-shirt spare sehelai sudah masuk dalam beg
12. Gua tak bawak tripod... kali ini guna monopod jer...
13. Speedlight sudah kensel bawak....
14. Dokumen pengenalan diri dah siap dimasukkan dalam uncang khas kalis air
15. Hah... yang ini belum beli lagi... makanan "powerbar" ... mana tau kalu kebulur sangat esok


So...

Kepada semua orang yang nak pergi Himpunan Hijau 2.0 esok di Kuantan... siapkan lah lu orang punya beg...

Kepada pakcik dan makcik yang namanyer gua sebutkan kat bawah nih... sila hadir berniaga dikawasan Himpunan Hijau 2.0 nih.... kesian nanti ramai yang kebulur atau panas...

1. Pakcik/Makcik/Brother Penjual Burger / Hotdog
2. Pakcik/Makcik/Brother Penjual Ais Krim / Ais Pong
3. Pakcik/Makcik/Brother Penjual Yogurt / Nata de Coco
4. Pakcik/Makcik/Brother Penjual Chendol/Kacang Soya
5. Pakcik/Makcik/Brother Penjual Tau Fu Fah
6. Pakcik/Makcik/Brother Penjual Pasembor Rojak
7. Pakcik/Makcik/Brother Penjual Air Mineral/Tin/Kotak
8. Pakcik/Makcik/Brother Penjual Jambu Batu / Tembikai / Nenas / Betik
9. Pakcik/Makcik/Brother Penjual Belon
10. Pakcik/Makcik/Brother Penjual Kipas Tangan
11. Pakcik/Makcik/Brother Penjual Sagun (Sagon)

dan jugak.... kepada kedai-kedai yang berhampiran (terutamanya kedai makan).. jangan risau... korang sumer boleh bukak kedai macam biasa jer.... mesti banyak untung punya....

So... jumpa disana esok aaa... hahahaha

1 komen:

MOH KEMBARA said...

Salam Yonb CTT,

Jual kebab buleh laku dak?
Selamat berlonggok dan berjaya!

Share it