Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

Paid Advertisement :

12 February 2013

Opsyen Terakhir Najib Razak

Bhai... Aper yang gua nak citer nih kalu ikutkan hati memang takmo gua citerkan... Sebab gua takmo ianya membuka minda Najib Razak dan BN mempergunakannya untuk kepentingan mereka..

Tapi biler gua pikirkan balik... Seeloknya kiter sumer tau tentang opsyen terakhir Najib Razak untuk mengekalkan kuasa dan juga menambah jangkahayat BN... Sememangnya opsyen terakhir ini boleh menjadi satu kejutan kepada Pakatan Rakyat (PR)... dan menyebabkan PR kelam kelibut tak tau nak plan aper lagie... hahaha

Okeh... Selepas terbubarnya Parlimen sekitar bulan April ini atas sebab telah cukup penggal yang sepatutnya... Suruhanjaya Pilihanraya perlu memanggil satu Pilihanraya Umum dalam tempoh 60 hari... Betul... Ini adalah satu tindakan standard.. Gua tak nafikan... Ini memang boleh berlaku... Namun...

Namun... Semasa terbubarnya Parlimen secara otomatik kuasa tertinggi akan dipindahkan kepada YDP Agong... Dan mengikut turutannya YDP Agong mestilah melantik satu kumpulan pentadbiran untuk mengendalikan urusan kerajaan yang dikenali sebagai "interim government" atau kerajaan sementara.

SPR memerlukan persetujuan (consent) daripada YDP Agong untuk menandatangani surat perisytiharan pilihanraya umum. Dan YDP Agong dengan kuasa perogratif yang ada padanya boleh pada bila-bila masa menentukan tarikh sebenar PRUdapat diadakan. Dengan kuasa Perlembagaan yang ada pada YDP Agong, PRU boleh dilanjutkan kepada satu tarikh yang melangkaui 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen.

Kuasa perogratif ini sememangnya boleh digunakan oleh YDP Agong jika beliau mendapati keadaan untuk mengadakan pilihanraya umum adalah tidak bersesuaian (kacau bilau dan sebagainya). Dan kerajaan sementara (interim government) yang dilantik oleh YDP Agong boleh terus menjalankan tugasnya sehngga YDP Agong berpuas hati dengan kestabilan negara yang akhirnya membolehkan PRU dijalankan.

Dan ini semua tidak ada terhad jangkamasanya dan SPR tidak boleh melaksanakan PRU tanpa mendapat persetujuan dan tandatangan YDP Agong... Dan cara ini dibenarkan dalam peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara. Ianya bukanlah keadaan dharurat atau kerajaan tentera yang mungkin sepertmana lu fikir. Ianya adalah kerajaan demokrasi yang sah dan diperakui oleh undang-undang dan perlembagaan.

Persoalannya sekarang ini, adakah lu rasa Najib Razak tidak akan menggunakan taktik dan opsyen terakhir ini untuk terus mengekalkan kuasa... Hahaha... Wei... Gua nak kasitau lu... Aperla yang lu orang nak harapkan kepada YDP Agong untuk terus menandatangani perisytiharan PRU sedangkan dalam setiap masa YDP Agong akan mendapatkan nasihat PM bagi urusan ini. Dan lu pon tau saper sebenarnya yang lagi berkuasa di Malaysia nh... Hahaha... Tulur sudah kena genggam kalu... Hahaha...

So... Ada dua opsyen tambahan disini... Kalu berlaku kekacauan awam (yang gua jangkakan akan dilakukan oleh anasir Perkasa dan Jati), kerajaan sementara (interim government) sedia ada pada masa itu boleh membuat tangkapan awam dibawah Akta Keharmonian Nasional (2011) kepada mana-mana orang yang dirasakan perlu. Kemungkinan ops lalang ketiga boleh berlaku.. Dan bila ini dilakukan... Ramai yang akan kedalam... Termasuklah gua... Dan jika semua dah ramai kedalam... Senang BN nak buat PRU13 tanpa perlawanan... Dan BN akan menang dengan mudah.

Opsyen tambahan kedua adalah kerajaan sementara ini akan terus-menerus mentadbir negara ini tanpa perlu diadakan PRU lagi selagi mana YDP Agong tidak menandatangani surat perisytiharan PRU. Dan keadaan in boleh berterusan selama-lamanya.

Adakah lu orang boleh paham aper yang gua maksudkan??? Untuk pengetahuan lu orang semua, SPR tidak boleh menjalankan PRU tanpa mendapat persetujuan dan perisytiharan daripada YDP Agong dan ini termaktub dalam kuasa-kuasa khas YDP Agong yang disahkan didalam perlembagaan.

Hahaha.... Memang terbaek la opsyen terakhir Najib Razak nih....... Hahahaha .... Chanteq.... Kalu kiter menpertikaikan perkara ini dan berhimpun untuk menghantar memo bantahan kepada YDP Agong, besar kemungkinan kiter akan dianggap menderhaka kepada YDP Agong yang membolehkan kiter semua ditahan atas alasan menderhaka (treason).

TAMBAHAN: Lu orang boleh tengok contoh kuasa perogratif YDP Agong nih di Selangor dalam tempoh seminggu dua lagi... Hahaha... Gua berani jamin walaupun MB Selangor (Khalid Ibrahim) bubarkan DUN Selangor, tidak semestinya dalam tempoh 60 hari PIlihanraya Umum Negeri akan dapat dibuat oleh SPR kerana Sultan Selangor pasti akan mempergunakan kuasa yang ada padanya untuk membenarkan Pilihanraya itu hanya dilakukan bersekali dengan PRU13 dan bukan sebelumnya atau berasingan.. Kiter tengok dan lihat... Hahaha... Alasan yang mungkin digunakan adalah berkaitan dengan kos pengendalian.... Hahaha... Kan dulu Sultan Perak pernah mempergunakan kuasa semacam ini semasa krisis perlembagaan di Perak.... Hahahaha

7 comments:

  1. Semoga perancangan Allah SWT memihak kpd kita.Walaupun Najib memerintah dgn cara ini...dia tidak akan bahagia.Darah tinggi dan sakit jantungnya akan semakin dahsyat...biarlah Najib mati cepat sebagaimana bapanya yang mati di zaman YDP Agong yg sama.Hrpnya YDP Agong terkesan dgn pentadbiran negeri Kedah di bwh PAS dan melihat sendiri sikap bodoh pemimpin UMNO Kedah.Mcmana nk bg mandat selama-lamanya bg pemimpin bodoh spesis Be End.

    ReplyDelete
  2. Bhai/DeeDee Anonymous...

    Tentang perancangan Allah Taala... gua memang terima aper yang dirancang olehNYA... takder hal... cuma nak percaya YDP Agong akan bersama dengan kehendak rakyat tue gua kurang konfiden.... hahaha... sebab .... hahahaha... gua rasa lu pon boleh agak aper jawapan gua... hahaha

    Isu baling kasut dalam Masjid kat Kedah itu hari pon YDP Agong buat senyap dan tak nampak jer... itu belum masuk isu Chua Soi Lek hina Islam.... Ini kenyataan bhai... gua bukan nak menghasut ker mender... ini realiti...

    ReplyDelete
  3. Salam Bro. Jangan kita mengandaikan perkara yang belum tentu , syak wasangka tidak baik dalam kehidupan. Andaian lebih memberbahaya. Istifar banyak banyak.

    ReplyDelete
  4. Bhai PuteraMariam...

    Sori... gua tolak aper yang lu komen tue.. bukan pasai aper... pasai citer bab politik... kiter kena pikir semua kemungkinan... kalu tidak jangan terlibat dengan politik...

    Komen lu memang tak relevan... pasai.. kalu ikut idea lu tue... langsung kena istighfar banyak-banyak kalu main catur... sebab dalam main catur.. semua aderlah kemungkinan... hahaha... lawak la lu nih...

    Kalu macam tue tak payah la pegi perang... sebab dalam perang semua kena andaikan benda belum berlaku... jadi kalu ikut lu ... kena istighfar banyak-banyak.... hahaha... sebab andaian lebih bahaya....

    Wei... gua rasa aaa ... lu silap alam la... lu kena duduk alam barzakh jer... sebab dalam alam dunia... kena andaikan semua perkara.... hahaha

    ReplyDelete
  5. Salam Bhai,

    As usual, very precise ideally... Prepare for the worst. Let's see what will happen. Kalo selangor, mungkin gua bleh setuju ngan lu cz buatpe nk buat pilihanraya awal setakat sebulan, buang bogheh jo so ydp akan hold pilihanraya bg sama. Tp kalo GE13, gua rasa x kot, kalo kt pakistan ke, negara2 arab spring ke mungkin la diowang sanggup buat apa saja nk kekal bkuasa tp ni msia, we r not gila kuasa up to that extend. Tp kalo si kitol moden gila putrajaya gua x tau la apa pn dia sanggup.

    ReplyDelete
  6. Kemungkinan ttp ada. Tengok apa jadi, 13 mei, darurat di kelantan, ops lalang...sape di belakang peristiwa ni...oppsss jgn lupa sabah di zaman harris salleh...para dewa tidak ambil peduli asal long as mereka tidak di nganggu. actually, gua dah lama standby mental gua dgn kebarangkalian benda2 mcm ni.

    ReplyDelete
  7. Bhai FAS2...
    Kita tengok jer la... tak lama jer masanyer... selang tiga empat Jemaat jer... hahaha

    Bhai BunBinBan..
    Gua pon dah pikir worst case scenario... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja