Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

08 November 2018

Program Susu Sekolah Tidak Realistik

Bhai/DeeDee semua...



Program Susu 1Malaysia ada diletakkan dalam Rancangan MakananTambahan (RMT) bagi pelajar sekolah rendah.... Program ini pada dasarnya bagus untuk memberikan zat seimbang kepada pelajar... Terutamanya kepada pelajar miskin....

Tapi...

Sebenarnya program susu ini tidak realistik.... Isu utama yang membelenggu dan menyebabkan program susu ini tidak realistik adalah dua perkara.... Dan kedua-duanya adalah melibatkan kos yang agak besar...

Pertama.... Urusan logistik.... Susu kotak yang dibekalkan mestilah sampai kepada pengguna (pelajar sekolah) dalam tempoh masa yang cukup terhad bagi mengekalkan kualiti susu kotak tersebut... Lewat dari tarikh penghantaran akan menyebabkan kerosakan kepada susu kotak tersebut... Bagi kawasan bandar dan sub-bandar... Ianya tidak terlalu memberikan masalah... Tapi bagi luar bandar yang agak jauh dari pusat pengedaran akan menyebabkan kos penghantaran menjadi beelipat kali ganda dan masa yang agak kritikal... 

Kedua .... Urusan penyimpanan .... Bagi mengelakkan susu kotak ini rosak... Urusan penyimpanan sama ada di pusat pengedaran mahupun di sekolah-sekokah mestilah dikawal suhunya... Tidak boleh meletakkan stok susu kotak ini didalam bilik stor tanpa pendingin hawa... Tanpa peti sejuk atau pendingin hawa, pastinya susu kotak ini akan lebih cepat rosaknya... Kos untuk menyediakan stok berpendingin hawa di sekolah adalah tinggi dan tiada sekolah yang ada stor sebegini...

Kesimpulannya....



Dari kita sibuk menyediakan dan melengkapkan program susu 1Malaysia ni... yang agak kritikal berkaitan dengan masa dan suhu.... Apa kata kita bekalkan murid-murid dengan program bekalan "power bar" kepada mereka.... Sudah pasti "power bar" tidak ada kesan teruk dengan suhu dan masa.... Dan kita secara relatifnya dapat membekalkan murid-murid dengan zat dan gizi serta kalori yang mencukupi.... Pada kadar kos yang jauh lebih murah...

5 comments:

  1. Cadangan yang praktikal dan ekonomik.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan amat penting saya hubungi tuan. Tolong bagaimana cara untuk contact tusn? Tkasih

    ReplyDelete
  3. mantap idea bro... mmg sedap, lepas tu mmg powerlah sekolah terjongket dengan motivasi dan kekuatan yg dibina...

    idea bagi additional calcium dalam bentuk cecair yg sedap selain susu perlu difikirkan...
    power bar pun part of it... sy sokong...

    ReplyDelete
  4. Susu uht tak payah sejuk la. Lepas bukak je baru sejukkan.

    ReplyDelete
  5. hairan bin ajaib
    susu dutch lady kotak kecik, kotak besar elok je jual kat kedai tkde aircond. shelf life pun lama slagi tk buka.
    susu segar? dutch lady pun ada susu segar dlm kotak hijau 1 liter. blh je letak kat para mcm biasa. tk perlu pun letak kt tmpat sejuk.
    bila da buka, standard la kena simpan dlm peti sejuk.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja