Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

21 May 2019

Kalau Puak Ansor Itu Bani Melayu

Bhai/DeeDee semua...

Jika Ansor itu Bani Melayu

Jika orang2 Ansor itu berbangsa Melayu, sudah tentu mereka lebih merengek kerana kaum mereka tak terbela.

Mereka peribumi asal, tapi tiada perlembagaan yang melebihkan mereka seperti Perlembagaan Persekutuan menjamin kelebihan Melayu Malaysia.

Mereka peribumi asal, tapi tiada kontrak sosial yang mengistimewakan mereka berbanding kaum pendatang Muhajirin. Tiada kouta Bumiputra untuk mereka diberikan Nabi SAW.

Mereka peribumi asal, tapi kaum pendatang pula mendapat tampuk pemerintahan negara Madinah daripada Rasulullah SAW, Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali... semuanya berasal dari kaum pendatang Muhajirin.

Jika Ansor itu berketurunan Bani Melayu, sudah tentu setiap hari mereka berhimpunan di Dataran Uhud buat unjuk rasa ketidakpuasan hati nasib bangsa.

Jika Ansor itu Bani Melayu, sudah tentu mereka menolak Sahifah (Perlembagaan) Madinah yang memberi hak sama rata di antara peribumi dan pendatang, bahkan mengiktiraf kaum Yahudi juga sebagai satu ummah. Sahifah itu juga tidak memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan.

Jika Ansor itu Bani Melayu, pasti mereka sanggup berdemonstrasi setiap hari kerana  bimbang Islam tak terbela. Kerana tiada satu pun enakmen di Madinah yang menjaga agama Islam berbanding 14 enakmen untuk memelihara Islam di 14 negeri dalam Malaysia.

Untungnya kaum Ansor bukan daripada Bani Melayu.

Maka Islam terus berkembang di Madinah tanpa keistimewaan Bumiputra, tanpa peruntukan khas menjaga Islam dalam Perlembagaan, tanpa sebarang enakmen untuk memelihara agama Islam.

Dari Madinah, Islam terus berkembang dan berkembang dengan cepat sehingga 1/3 dunia dalam masa tak sampai 100 tahun.

Semua itu berlaku tanpa peruntukan2 dalam undang2 yang 'menjaga' Islam.

c/p MediaSosial

7 comments:

  1. Dalam sungguh ayat-ayat menikam kalbu ulama-ulama Melayu Islam yang berkiblatkan kontrak sosial. Kontrak sosial kita gunapakai ada ikut sunnah Nabi mana sebenarnya? Melayu Islam nak berdakwah ke atas kafir pun tak mampu siap kena ikut kontrak sosial ajaran mana tak tahu.

    ReplyDelete
  2. Kaum Ansar dan muhajirin tu bangsa arab juga...macam orang johor dengan selangor.

    ReplyDelete
  3. Sahifah (Perlembagaan) Madinah yang memberi hak sama rata di antara peribumi dan pendatang, bahkan mengiktiraf kaum Yahudi juga sebagai satu ummah

    ynag jadi ketua Nabi
    penolong pun kuat semangat islam n iman
    ynag duk mai join pun satu kalimah
    tak da masaalah

    Yahudi juga sebagai satu ummah
    depa ni memang dah lama ada disatu
    bukan macam puak yang dibawa masuk oleh britis

    tapi puak yahudi tak berani sentuh hukumhakam Islam
    ynag duk ada lani asek menyalak hal ihwal Islam
    sungguh biadappp

    walau tanpa peruntukan2 dalam undang2 yang 'menjaga' Islam.

    tapi usaha menegakkan syiar Islam bersungguh sungguh dari pihak pemerintah tertinggi dijaman Nabi n para sohabat

    14 enakmen untuk memelihara Islam di 14 negeri dalam Malaysia.

    walau pung ada tapi sendiri mau paham la perangai puak atasan
    dalam urusan hukumhakum Islam macam mana>>>?

    Allah lebih tahu akan hal kita
    memang tak layak pung dijadikan kita hidup di jaman tu

    kalaula kita ada jaman tu ramai antara kita akan ikut abu lahab n geng
    tengok la apa yang ada depan mata ada orang islam ynag
    duk cabar hukumhakam Islam

    bani kita bani leka
    sebab kita tidak diasuh ngan iman hnaya harap islam baka
    para sohabat di didik ngan iman oleh Nabi selama 12 tahun
    sebab tu pengganti Nabi semuanya hebat hebat

    ni duk didik ngan projek 22 tahun
    sebab tu pengganti bnayak jadi penyagak

    jauh beza bani kita ngan bani jaman Nabi

    Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: "Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang

    ada jugak puak munapik jaman tu (jaman la apa kurangnya)

    Mereka orang-orang yang mengatakan (kepada orang-orang Ansar): "Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (Muhajirin) yang ada di sisi Rasulullah supaya mereka bubar (meninggalkan Rasulullah)". Padahal kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami.

    أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسٌؤلُ اللهِ

    ReplyDelete
  4. Cakap2 melayu ni cuma nak dpt sokongan politik supaya menang pru. Lps menang pru dan dpt jd pemimpin bolehlah sapu habis. Itu saje

    ReplyDelete
  5. Tanpa Umno kami masih Melayu.

    Tanpa Pas kami tetap Islam.

    Tanpa mereka Malaysia kekal bersatu.

    Isu perkauman dan agama tidak lagi jadi agenda penyebab huru-hara.

    Sentimen politik murahan semakin tidak mendapat sambutan.

    Umno dan Pas bersatu di bawah payung Penyamun Ummah.

    Ada sesiapa peduli?

    ReplyDelete
  6. Ahli parti yang sayang UMNO wajib sokong pindaan fasal 9.9 dalam PAU2019.

    #buang
    #bersih
    #baharu
    Takbir!

    ReplyDelete
  7. Melayu nak jaga Islam? Diri sendiri dan iman sendiri pun tak terjaga tapi berangan2 nak jaga agama yang ALLAH dah pilih untuk makhlukNYA? Melayu ni tak lebih dari kaum yang lemah tapi besar egonya. Melayu ni pernah kena jajah dengan Inggeris dan tunduk bawah jajahan Raja Inggeris dimana Sultan2 Melayu yang jadi ketua agama Islam pun tunduk kepada Raja Inggeris yang beragama kristian. Tak dak rasa malu ke? Sejarah melayu ni bukannya bermula selepas kemerdekaan tetapi lama sebelum tu. Tapi ramai melayu yang dok berlagak buat2 lupa bahawa bangsa melayu pernah jadi hamba kepada Inggeris dan ada ramai yang selesa dok bawah kelengkang Inggeris asalkan hidup mewah dan selesa dapat kerja jadi DO ke, jadi pegawai kerajaan inggeris. Tapi masa tu takde pulak ada dengar cerita pasal Islam terancam. Melayu masa tu pun ramai yang dah jadi Mat salleh celup tp masih lagi mengaku Islam. Takde pun geng2 yang menjatuhkan hukum kafir kepada mat2 salleh celup yang khamar tu ibarat minuman asasi? Tapi sekarang ni sebab geng2 agamawan takde modal dan takde kemahiran utk diangkat sebagai pentadbir dan pemerintah, mula gunakan label agama untuk mengangkat mereka yang takde bakat, takde ilmu dan kemahiran dan kepandaian sebagai berpotensi sebagai pemimpin. Kelantan dan Kedah pun dah jelas menjadi contoh betapa puak2 agama ni langsung tak boleh jadi kerajaan. A failed state on every metric and scale.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja