Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Get Your FREE Helium Hotspot

27 September 2021

AUKUS - Apa Impaknya Terhadap Malaysia?

Bhai/DeeDee semua...

Gua sedia maklum bahawa ketegangan di Laut Cina Selatan itu adalah sekadar "show-off power" bagi semua kuasa besar kerana kawasan itu adalah satu laluan utama perdagangan dunia.

Jadi ianya adalah satu laluan yang percuma untuk sesiapa sahaja lalui tanpa perlu membayar apa-apa caj kepada mana-mana pihak. Sebab itulah banyak pihak kononnya nak jadi juara disitu sekadar kemudiannya boleh mengenakan caj kepada mana-mana kapal yang melaluinya.

So China mendakwa bahawa Laut Cina Selatan itu adalah kawasan miliknya. Tapi ada dokumen lama yang mengesahkan bahawa tiada tuntutan dari Maharaja China terhadap Kepulauan Paracel ditengah-tengah Laut China Selatan. Pastinya Kerajaan China masa ini tidak akan memperakui dokumen lama tersebut. Malah selama ini pun segala keputusan UNCLOS berkaitan Laut Cina Selatan tetap tidak diterima dan diperakui oleh China.

Dan kita sedar bahawa China sedang menguatkan armada lautnya dengan membina "forward military base" di Kepulauan Paracel Laut Cina Selatan. Jadi pihak barat cuba untuk mengimbangi keadaan ini dengan mengadakan satu pakatan iaitu tiga pihak iaitu Australia, United Kingdom dan United States (AUKUS).

Jadi mari kita bincangkan AUKUS - Apa Impaknya Terhadap Malaysia?


 
Malah AUKUS ini nampaknya lebih menumpukan kepada pemilikan kapal selam berkuasa Nuklear oleh Australia bagi mengawal kawasan sebelah selatan. Jadi dengan adanya kuasa AUKUS ini, pastinya ruang Laut Cina Selatan akan menjadi satu platform banyak kapal selam berkuasa Nuklear.

Kita sedia maklum bahawa China juga memiliki Kapal Selam berkuasa Nuklear begitu juga Russia. Jadi jika berlaku sesuatu konflik di Laut Cina Selatan, tentunya keterlibatan kapal selam berkuasa Nuklear akan mencari percaturan paling bahaya disana.

Impak negatif dari konflik berkaitan Nuklear ini adalah pencemaran radiasi dari sumber Nuklear yang mungkin bocor dan terdedah kepada hidupan laut dan sebagainya. Dan ini akan memberikan kesan yang lama terhadap ekosistem dan laut. Yang ini sepatutnya dielakkan.

Negara-negara Asean sudah lama menandatangani satu ketetapan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom dan Neutrality). Ianya ditandatangani oleh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand pada 1971 dan seterusnya diperakui dan diperkukuhkan oleh semua anggota ASEAN selepas itu.

Dengan ZOPFAN ... kita cuba untuk mengelak daripada berlakunya implikasi Perang dan Nuklear dikawasan ASEAN ini. Malah ZOPFAN ini membayangkan Asean bebas dari campur tangan kuasa luar, mengamalkan hidup berdampingan secara damai dan memelihara kebebasan dan kedaulatan setiap negara.

Untuk itu perjanjian AUKUS dan apa sahaja tindakan dari China di Laut Cina Selatan dianggap oleh ASEAN (terutamanya Malaysia) sebagai satu provokasi tahap tertinggi yang tidak boleh dikompromi. AUKUS memang ada impaknya terhadap Malaysia terutama dari segi dasar luar dan dasar pertahanan negara.

Gua tahu Menteri Pertahanan Malaysia (Hishamuddin Hussein) ini adalah Menteri Pertahanan paling lekeh dan takder telor dalam sejarah Malaysia, bilamana dengan selamba badaknya berkata yang Malaysia perlu berbincang dulu dengan China berkenaan isu AUKUS ini.

Gila apa Malaysia nak kena tunduk dengan China. Patut Malaysia kena ader ketetapan sendiri yang kukuh dan nyata. Menteri Luar Malaysia pun sama takder telor jugak nampaknya.

Memalukan sungguh la.

By the way.. walaupun Malaysia ada perjanjian keselamatan dengan UK, Australia dan New Zealand namun itu tidaklah bermaksud Malaysia perlu tunduk dengan AUKUS. Malah dengan China pun Malaysia jangan tunjuk lekeh.

Jangan kerana mereka adalah kuasa besar maka kita perlu takut dan menjadi bola yang boleh disepak kemana-mana. Malaysia perlu ada pendirian yang jelas. Malaysia perlu suarakan bahawa Laut Cina Selatan perlu kekal bebas tanpa pengaruh China atau mana-mana pihak lain.

Tapi selagi kita ada Kerajaan Gagal yang memerintah... dengan Menteri Kabinet yang juga gagal... apalah yang nak diharapkan... Huhuhuhu..

P/S: Bukan semudah ABC lah China nak boleh serang Malaysia tanpa Malaysia membalas serangan "tepat pada jantung" seawal 4 jam selepas arahan diberikan. (sekadar peringatan)

Kepada Tuhan kita berserah
Demi tanah air tercinta


Sekian,
TAMMAT.

1 comment:

  1. Maaflah.

    Telah diketahui pemimpin2 amano ni bukan cerdik sangat.

    Negara maju skt dulupun kerana mmng duit/simpanan/harta negara dulu banyak. Sekarang dah kurang.

    Sbb tu semakin merapu cari negara besar untuk bergantung cari pelaburan. Salah gantung... nasibler.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1