Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Get Your FREE Helium Hotspot

26 September 2021

Tarik Lesen Memandu?

Bhai/DeeDee semua...

Ada cadangan mengatakan bahawa pemandu yang berumur 70 tahun keatas wajar ditarik balik lesen memandu mereka....  Tapi gua rasa cadangan ini keterlaluan.. gua setuju ngan kenyataan Wee Ka Siong bahawa ramai pemandu yang berumur 70 tahun dan keatas mempunyai skil memandu yang lebih baik daripada pemandu muda.

Sebenarnya dalam kes lesen memandu ini... gua dari dulu lagi bertegas sepatutnya pihak Kerajaan dan Jabatan Pengangkutan Jalan mengekalkan kembali lesen memandu B3 (untuk penunggang motorsikal) tidak seperti sekarang yang telah mengabaikan lesen B3 dan mengekalkan lesen B2 dan B sahaja untuk motorsikal.

Kita perlu rombak balik sistem perlesenan pemandu kenderaan motor di Malaysia... sebab sikap tidak bertanggung jawab pemandu dan keselamatan pengguna jalanraya.

Ini cadangan gua.

Lesen Memandu Motorsikal.
  • Lesen Kelas B4 adalah untuk pelajar (orang muda) yang berumur dari 15 tahun sehingga 17 tahun. Lesen ini tidak membenarkan membawa pembonceng dan hanya boleh membawa kenderaan motor bersesaran tidak lebih dari 110cc.
  • Lesen Kelas B3 adalah untuk remaja yang berumur dari 18 hingga 20 tahun. Lesen ini membenarkan membawa pembonceng dan hanya boleh membawa kenderaan motor bersesaran tidak lebih 150cc.
  • Lesen Kelas B2 adalah untuk yang berumur 21 tahun sehingga 25 tahun. Lesen ini membenarkan membawa pembonceng dan hanya boleh membawa kenderaan motor bersesaran tidak lebih 250cc.
  • Lesen Kelas B1 adalah untuk yang berumur 25 hingga 30 tahun. Lesen ini membenarkan membawa pembonceng dan hanya boleh membawa kenderaan motor bersesaran tidak lebih 500cc.
  • Lesen Kelas B adalah untuk yang berumur 31 tahun dan keatas. Lesen ini membenarkan membawa pembonceng dan boleh membawa kenderaan motor bersesaran lebih 500cc.
Lesen Memandu Kereta.

  • Lesen Kelas D3 adalah untuk pelajar yang berumur 16 tahun sehingga 18 tahun. Lesen ini tidak membenarkan membawa penumpang dan hanya boleh digunakan untuk membawa kereta bersesaran tidak lebih 1100cc.
  • Lesen Kelas D2 adalah untuk remaja yang berumur 18 tahun sehingga 20 tahun. Lesen ini  membenarkan penumpang tidak lebih dari 1 orang dan hanya boleh membawa kereta bersesaran tidak lebih dari 1300cc.
  • Lesen Kelas D1 adalah untuk yang berumur 21 tahun sehingga 25 tahun. Lesen ini membenarkan membawa penumpang ikut kapasiti kenderaan dan hanya boleh membawa kereta bersesaran tidak lebih 1600cc.
  • Lesen Kelas D adalah untuk yang berumur 30 tahun keatas. Lesen ini membenarkan membawa penumpang ikut kapasiti kenderaan dan boleh membawa kereta bersesaran lebih 2000cc.
Dengan penghadkan kelas sebegini... setiap perubahan kelas perlulah dibuat dengan hadir sendiri ke Pejabat JPJ untuk upgrade lesen. Jika gagal hadir dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh perubahan umur, pemandu perlulah menghadiri ujian kecekapan memandu yang akan dibuat di pusat latihan memandu berpusat yang dikendalikan oleh JPJ.

Untuk melaksanakan program ini, semua lesen sedia ada dibatalkan serta merta secara menyeluruh. Semua pemandu wajib hadirkan diri mereka sendiri untuk memperbaharui lesen memandu baharu di semua pejabat JPJ dengan pengenalan biometrik (perlu cap jari dan retina mata disahkan dalam sistem lesen memandu). Dan lesen baharu akan diberikan (bukan sahaja mempunyai foto muka pemandu tetapi ada data biometrik untuk mengelakkan pemalsuan dan lesen terbang).

Mana-mana pemandu yang kekal memandu dengan lesen memandu design lama akan dikompaunkan (jika kesalahan pertama) sebanyak RM500 dan jika mengabaikan perubahan lesen baharu lebih 6 bulan boleh didenda sebanyak RM3000 dan dipenjarakan tidak lebih 5 hari.

Dengan cara ini... bukan sahaja kita boleh mengawal pengunaan tidak wajar (cuai) kenderaan kereta motor tetapi kita dapat menghapuskan sindiket lesen memandu terbang.

Bagi penunggang atau pemandu yang tiada lesen / lesen terbang, mereka boleh disaman minima RM3000 dan maksima RM15000 dan/atau dipenjara tidak melebihi 30 hari serta perlu menjalani khidmat sukarela selama 6 bulan (yang ditetapkan oleh Hakim) jika didapati bersalah. Kenderaan kereta motor yang terlibat boleh disita oleh Kerajaan Malaysia selama 6 bulan dan hanya akan dipulangkan kepada pemiliknya selepas pesalah menghabiskan khidmat sukarela selama 6 bulan.

Bagi kesalahan berulang (tiada lesen/lesen terbang) walaupun telah dikenakan hukuman sebelum ini, pesalah wajar dikenakan tindakan tidak boleh memandu mana-mana kenderaan persendirian/awam selama-lamanya.

Bagi kesalahan yang melibatkan (mabuk/dadah), ini cadangan gua.
  • Bagi yang tiada lesen memandu yang sah atau lesen terbang, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sebanyak minima RM50000 hingga maksima RM150000 dan dipenjarakan selama tidak lebih 5 tahun (bagi kesalahan pertama). Untuk kesalahan berulang, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sebanyak minima RM150000 hingga maksima RM500000 dan dipenjarakan selama tidak kurang 10 tahun.  
  • Bagi yang mempunyai lesen memandu yang sah. pesalah boleh dikenakan hukuman denda sebanyak minima RM25000 hingga maksima RM150000 dan dipenjarakan selama tidak lebih 3 tahun (bagi kesalahan pertama). Untuk kesalahan berulang, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sebanyak minima RM150000 hingga maksima RM500000 dan dipenjarakan selama tidak kurang 10 tahun. 
Bagi kedua-dua kesalahan yang melibatkan (mabuk/dadah), pesalah diharamkan memandu apa-apa kenderaan seumur hidup. Jika kesalahan itu melibatkan kematian, denda khas boleh dikenakan sekurang-kurangnya RM1 juta bagi setiap mangsa kes (mengikut klasifikasi mangsa). Jika mangsa adalah kanak-kanak berpakaian sekolah, denda minima adalah RM5 juta.

Bagi pemandu kenderaan perdagangan yang terlibat kemalangan akibat dari mabuk atau dadah. pesalah akan dikenakan denda sekurang-kurangnya RM50000 dan dipenjara sekurang-kurangnya 1 tahun serta diharamkan memandu apa-apa jenis kenderaan seumur hidup. Jika kesalahan itu melibatkan kematian, denda khas boleh dikenakan sekurang-kurangnya RM1 juta bagi setiap mangsa kes (mengikut klasifikasi mangsa). Jika mangsa adalah kanak-kanak berpakaian sekolah, denda minima adalah RM5 juta. Dan pemilik syarikat dimana pemandu kenderaan perdagangan ini bekerja pula, denda akan dikenakan sebanyak minima RM500000 dan dipenjara sekurang-kurangnya 3 bulan serta denda khas yang sama jika pemandunya terlibat menyebabkan kematian mangsa.

Amacam?? okeh tak cadangan ini?? Hahaha.... gua tau sure ramai yang akan membantah dan marah.. tapi inilah caranya untuk menangani masalah kronik berkaitan cuai dan salah laku pemanduan (mabuk/dadah) serta melibatkan kemalangan.

Ader paham?



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1