Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

08 November 2013

Lima Kambing Hitam Sedang Dicari

Bhai/DeeDee sekalian....

Hahaha.... gua cukup gelak besar biler membaca berita dibawah nih..... Hahahaha... bukan aper.... pasai nak selamatkan satu kambing gurun.... terpaksa la cari ganti lima kambing hitam.... Hahahaha ... Tak pasai-pasai jer segala macam mak nenek tok ayah kesalahan akan dicari dan diteliti... biarpun mungkin ader kesalahan tue takder kena mengena dengan kes... janji kalu dapat selamatkan kambing gurun dah kira okeh dah.... Hahahaha

Kambing gurun boleh lagi enjoi..... pi sana pi sini..... makan kat sana makan kat sini.... berak kat sana berak kat sini.... biler berak kat tengah jalan boleh pi kenakan kat kambing hitam..... Hahahaha... terbaek lar..... memang terbaek..... Hahahaha...

Janji yang penting ... Selamat.... Hahahhaa

Aper nak jadi aaaa.....


KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya lima syarikat kawalan keselamatan kini disiasat oleh polis kerana dipercayai melanggar syarat lesen termasuk berkaitan pengurusan senjata api.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, syarikat yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sedia ada.

Polis juga meminta syarikat kawalan keselamatan yang ragu-ragu dengan identiti pekerja atau permit senjata api yang dimiliki oleh pekerjanya agar membuat semakan dengan polis, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sijil kepada 23 graduan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan 32 graduan Diploma Sains Siasatan yang menamatkan pengajian di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.

Ditanya mengenai segelintir anggota dan pegawai polis yang memegang jawatan dalam syarikat kawalan keselamatan di negara ini, Khalid berkata perkara itu tidak menjadi kesalahan jika individu terbabit sudah mendapat kebenaran daripada

"Setakat ini tiada pegawai dan anggota PDRM yang tidak mengemukakan surat permohonan, kesemua ada permohonan dan mempunyai kebenaran. Sekiranya didapati mereka memegang sesuatu jawatan tanpa kebenaran, boleh diambil tindakan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu seorang remaja lelaki menghina Islam dengan kata-kata mencerca Allah dalam statusnya menerusi laman Facebook baru-baru ini, beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan.

Semalam, remaja berusia 17 tahun itu ditahan di Bandar Hilir Melaka sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan.

Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Khalid turut menasihati ibu bapa agar memantau kegiatan anak-anak mereka ketika menggunakan laman sosial bagi mengelak mereka mengeluarkan kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti kaum di negara ini. - Bernama

1 comment:

  1. istiqomah dan amanah dalam pemantauan itu yang penting buat arahan aturan senang bukan senang pula nak nak dipantau kalau bukan ada kesungguhan yang jitu.lama lama longgar mula mula ketat itulah yang selalu terjadi.sekali sekala kena ada pemeriksaan mengejut

    dah terantuk baru hilang ngantuk

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1