Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun
Bhai/DeeDee semua...
Disini gua nak sertakan apa tafsiran gua mengenai lirik lagu Satu Kesan Abadi, nyanyian Saleem IKLIM ... Semoga ianya menjadi penguat iman kita dan seterusnya doa-doa kita yang baik-baik buat Saleem.... Moga rahmat dan ehsan Allah Taala sentiada dilimpahkan kepada Saleem dan kita semua...
Al Fatihah
SATU KESAN ABADI - SALEEM (IKLIM)
Jalan terang
"titian sirat'al mustaqim"
Luas menanti aku
"lebar dan selesa untuk dilalui"
Dengan dendang
"zikrullah dengan hati yang gembira"
Irama hidup baru
"di alam akhirat"
Dibelai cintamu
"dalam redha Allah Taala"
Hilang dendam
"tiada lagi perasaan manusiawi"
Lenyap ia sendiri
"kekal lenyap tanpa tanda"
Datang tenang
"Alam yang memberikan ketenangan"
Makin aku hayati
"kenal diri kenal Illahi"
Makin lapang dadaku
"perasaan yang makin tenteram"
Ku rasa sentosa
"yang kekal lagi bahagia"
Sendiri meminta
"doa-doa yang dipanjatkan kepadaNYA"
Dicantum padanya
"doa yang ikhlas tentunya sampai kepadaNYA"
Tak gelisah lara
"redha Allah Taala menjadikan hilang rasa gundah"
Cerita yang punah
"dunia yang ditinggalkan"
Biarpun meronta
"walaupun sebagai manusia kita pastinya akan ada berdosa"
Tidak menjadi ngeri
"tapi keampunan dari Allah Taala, menyebabkan rasa selamat"
Ku yakin disana
"Alam akhirat yang kekal abadi"
Gelap yang tiada
"tiada ruangan untuk kegelapan menimpa"
Kesan satu cinta
"kerana cinta dari Allah Taala"
Terpancar cahaya
"satu cahaya yang memayungi kita"
Jelas segalanya
"Memperjelaskan kekuasaan Allah Taala"
Hanya sinarmu
"Hanya kekuasaan dan keredhaan dari Allah Taala sahaja"
Yang mampu
"sesungguhnya yang paling mampu"
Memberi cinta itu
"memberikan keampunan, rahmat dan ehsan"
Dengan aman
"Iman itu sesuatu yang nyata"
Senyumlah sepuasnya
"beruntunglah bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh"
Jauh berbeza
"cukup lah perbezaan"
Bagai yang dirasakan
"perbezaan duniawi (dunia)"
Rasa yang disini
"perbezaan diakhirat (syurga)"
Itu satu rahsia
"syurga itu satu rahsia Allah Taala"
Hanya tersendiri
"hanya yang merasainya akan dapat mengetahuinya"
Itu satu iringan
"berdoa supaya dapat bersama-sama"
Nyanyian mimpi
"mencapai impian yang perlu diusahakan"
Saleem IKLIM : Satu Kesan Abadi (1990)