31 January 2025

Hayat Edisi Siasat Pastinya Tidak Lama, SKMM Digesa Bertindak Segera

Bhai/DeeDee semua...

Punya lah koyak... sampaikan Telegram Edisi Siasat pun nak diblok. Hahaha

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) menggesa kerajaan menyiasat kewujudan Edisi Siasat ES yang berjumlah lebih dari 1.2 juta pada waktu ini.

En Shahbudin Embun Naib Pengerusi Sekpur menjelaskan pelbagai tohmahan wujud di Telegram ES yang boleh menggugat kestabilan kerajaan . Beliau memberikan contoh beberapa kesan negatif yang berpunca daripada siaran di ruangan telegram ES seperti kes kontrak oleh DBKL baru-baru ini sehingga mengakibatkan beberapa pihak yang terlibat terkesan.

En Shahbudin juga sempat membacakan beberapa lagi sebaran baru oleh ES yang melibatkan tokoh dan agensi kerajaan yang turut dipaparkan gambar serta data peribadi mereka.

 

Che GuBard pelik isu Afdlin Shauki dan SPRM

Bhai/DeeDee semua...

Kita semuta tahu PKR sedang berdepan dengan peperangan dalaman sempena Pemilihan Perwakilan Negeri, Cabang dan Ranting dalam PKR dalam beberapa bulan kebelakangan ini. So.. tak terkejutlah.

30 January 2025

Nga Kor Meng Sedang Bermain Dengan Api

Bhai/DeeDee...

Ini bukan setakat menunggang agama... tapi sedang bermain dengan sentimen api dan perkauman,,, Dah gila agknya DAP sejak dapat kuasa besar nih,, Mopti MAZA.. langsung tak cakap apa.. tagune betul mangkuk tue...

Nak Marahkan Pesawah Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Para pesawah menuntut harga padi pada paras RM1800 satu ton, Pada waktu ini harga padi dikatakan pada kadar harga lantai RM1300.00 satu ton. 

Itu hak mereka...

Takkan nak kena buli selamanya???

Agak-agak la...



20 January 2025

Macam BIasa Dengar Jer

Bhai/DeeDee semua..

Di sebuah pejabat kerajaan yang dihias mewah, seorang pemimpin tertinggi kerajaan, Tok Rahman, duduk di kerusi kulitnya sambil memegang secawan kopi.

Di hadapannya, pembantunya yang setia, Encik Syed, berdiri sambil tersenyum lebar. Suasana santai itu tiba-tiba berubah apabila televisyen di sudut bilik menyiarkan keputusan mahkamah yang dinanti-nantikan.

Hakim dengan penuh keyakinan berkata, “Dokumen yang didakwa itu tidak wujud. Ia hanyalah hearsay!”

Keputusan itu bergema di seluruh ruang pejabat.

Rahman memandang Syed, matanya bersinar dengan penuh kepuasan. Dia meletakkan cawan kopinya perlahan-lahan, lalu ketawa kecil.

“Hearsay?” katanya sambil mengangkat sebelah kening.

“Dokumen itu ada dalam peti besi kita, Syed. Hakim itu benar-benar mempercayai apa yang kita rancang.”

Syed tidak dapat menahan dirinya lagi. Dia ketawa terbahak-bahak, tubuhnya terhentak-hentak kerana terlalu gembira.

“Saya tak sangka dia akan menolak bukti itu sepenuhnya! Semua kerana kita sembunyikan dokumen itu dengan baik. Hebat, Tok. Hebat!” katanya sambil mengesat air mata ketawa.

Rahman turut ketawa, lebih kuat kali ini. “Inilah kelebihan apabila kita kawal semua. Mereka boleh berbicara tentang keadilan, tetapi pada akhirnya, kitalah yang menentukan permainan.”

Syed menambah sambil menahan nafasnya, “Dan bayangkan, pihak lawan pula kelihatan seperti orang bodoh kerana tak dapat buktikan dokumen itu wujud! Mereka pasti kecewa.”

Rahman menyandarkan badannya ke kerusi, senyum lebar. “Hakim macam tu patut jadi badut sarkas, bukan duduk di mahkamah. Kalau dia tahu kita simpan dokumen tu dalam peti besi pejabat ni, agaknya dia melutut minta maaf!”

Rahman mengangguk sambil tersenyum sinis.

“Saya tahu yang orang itu sangat berharap kebenaran boleh bebaskan dia. Biar dia sedih. Biarkan mereka kecewa. Kita sudah menang di mahkamah dan di mata rakyat. Selagi dokumen itu kekal tersembunyi, mereka takkan dapat berbuat apa-apa.”

Ketawa mereka terus bergema di dalam pejabat itu, melambangkan kemenangan atas manipulasi yang licik.

Di luar bilik, seorang pegawai rendah yang kebetulan mendengar perbualan itu hanya mampu menunduk, merasakan betapa rosaknya sistem yang sepatutnya melindungi keadilan. Di luar pejabat pula, dunia terus berputar, tidak menyedari bahawa keadilan telah dipermainkan oleh mereka yang sepatutnya melindunginya.