28 August 2009

Anti ISA

Gua sokong ISA dibubarkan... bukan dikaji semula... fullstop...

Oleh yang demikian.. gua amat bersetuju jika semua negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat menggunakan segala kemudahan yang ada untuk memastikan mesej Anti ISA sampai kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Penahanan tanpa bicara sememangnya adalah bercanggah dengan hak asasi manusia dan juga hukum Allah S.W.T. Walaupun Allah S.W.T tahu mengenai segala amal buat kita sepanjang hidup, namun masih lagi diberikan peluang untuk dibicarakan nanti di akhirat kelak.

Maka wajarlah mana-mana negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat memasang papan tanda (signboard) pada setiap pintu masuk negeri bagi mengingatkan semua bahawa mereka sedang memasuki negeri-negeri yang tidak menyokong akta drakonian iaitu Akta ISA.

Sila lihat contoh dibawah ini (diambil tanpa kebenaran Zorro Unmasked)

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???