09 August 2009

Ayah Pin Telah Di Jejaki

Petang ini (Ahad 9 Ogos 2009) pada pukul 4 petang dijangkakan Ayah Pin akan berada bersama-sama rakyat 1Malaysia di kawasan kuil Batu Caves, Gombak Selangor. Adalah diharapkan supaya para pegawai SB (Cawangan Khas) dapat berada disana untuk melakukan tangkapan.

Ayah Pin dikehendaki di Terengganu atas kesalahan menyebarkan ajaran sesat "Kerajaan Langit" yang telah ditentusahkan kesesatannya oleh Majlis Fatwa Negara.

Khabarnya telah dibina satu replika gambar Ayah Pin di dalam kawasan Kuil Batu Caves demi untuk menyambut kedatangan beliau ke Kuil Batu Caves tersebut hari ini. Saiz replika gambar ini adalah lebih besar replika gambar Anwar Ibrahim yang dibina oleh penyokongnya satu masa dahulu di luar kawasan Kuil.

Replika gambar Ayah Pin ini telah dibina dengan kos yang besar di letakkan berhampiran dengan Patung Dewa Siva.

Sila rujuk gambar dibawah ini.



Maklumat lanjut sila layari di sini

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???