18 August 2009

Fire Down Below

Fire Down Below (Api Dalam Sekam) .... hehehehe...

Apa kena mengena tajuk hari nie dengan apa yang gua nak ceritakan kat bawah nih? .... hahahaha... ada kena la...

DUN Perak kelam kabut dan caca marba sebab ada api dalam sekam. Ada pegawai kerajaan negeri yang bias (tidak professional) dalam melakukan tugasannya. Sepatutnya urusan politik peribadi perlu diasingkan daripada pentadbiran.. namun kalu dah pegawai tersebut masih lagi karat biru ngan UMNO/BN ... susah la nak bikin... tue yang jadi kat Perak Darul Ridzuan tue..

SUK dan ramai lagi yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa kerajaan negeri telah bertukar... malah merekalah yang menjadi duri dalam daging dan api dalam sekam kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Perkara yang sama juga berlaku sekarang nih kat Selangor Darul Ehsan, Pulau Pinang dan Kedah.. Paling ketara sekali (hebat sangat) berlaku di Selangor Darul Ehsan... bukan setakat pegawai besar seperti SUK ... tapi... sampaikan pegawai kecik (peon) pun sekarang nie dok asyik membelasah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dari belakang secara terang-terang.

Itu belum masuk lagi agensi-agensi kerajaan dan yang berkaitan dengan kerajaan. Malah ader pihak-pihak tertentu di pentadbiran kerajaan tempatan yang memang tidak professional yang menjadikan agenda politik diorang sebagai batu penghalang kepada kemajuan dan pentadbiran yang professional.

Kalu macam nie la berterusan... memang akan sentiasa kacau bilau pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Dulu benda yang sama belaku kat Kelantan.. tapi semua tue dapat diselesaikan (walaupun tak habis lagi) setelah Kerajaan Pakatan Rakyat PAS mentadbir Kelantan lebih dari 20 tahun...

Geng-geng api dalam sekam (fire down below) nie dah lama terkojol di Kelantan... hahahaha... tapi kalu nak kojolkan diorang kat Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah.... ambik masa betul la... maybe 25 tahun kot...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???