02 September 2009

Info Terkini

Mari kita sorot apa yang telah berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan hari ini.

Info terkini yang kita boleh lihat bilamana semua urusan berkaitan dengan sidang DUN dan yang sewaktu dengannya telah digagalkan hanya dengan kuasa Mahkamah. Apakah yang boleh kita teladani daripada kemelut yang berlaku di Perak.
  1. Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
  2. Mahkamah Rayuan telah memberikan kuasa kepada Zambry Kadeer untuk terus memegang kuasa sebagai Menteri Besar (Haram) di Perak
  3. Mahkamah Tinggi Ipoh telah menolak injuksi yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak (sah dan asal) iaitu V. Sivakumar
  4. Mahkamat Tinggi yang sama juga telah memberikan kuasa kepada PDRM untuk menguatkuasakan zon larangan berkumpul di DUN Perak
Dengan ini dapat kita tafsirkan bahawa kuasa Mahkamah adalah terlalu besar dan melingkungi semua ruang yang ada sehinggakan keabsahan Pengasingan Kuasa (Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif) tidak dapat dilaksanakan tanpa gangguan.

Oleh yang demikian, adalah sesuai jika saya mencadangkan bahawa hanya Hakim sahaja yang boleh menentukan pihak mana yang lebih sesuai untuk menjadi pemerintah (negeri atau negara).

Maka tidak perlu ada lagi pilihanraya kerana hanya cukup dengan kuasa yang ada pada hakim yang akan menentukan sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang akan menjadi kerajaan (negeri atau negara).

Maka bolehlah selepas ini Ketua Hakim Negara sahaja yang menentukan pihak mana yang akan menjadi Kerajaan. Kita dapat menjimatkan kos pilihanraya dan seterusnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dapat kita bubarkan.

Adakah anda bersetuju?

1 comment:

  1. SETUJUUUU!!!!

    nak lagi best kita lantik hakim tu jadi agong jer terus...nak lagi dahsyat, suruh hakim tu jadi presiden amerika jer...lagi senang nak kontrol...

    aper barang setakat kontrol malaysia ni jer hakim ngok woi!!!!

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???