15 September 2009

Tahanan Bebas ISA Kekal

Alhamdulillah... Mat Sah Satray dan rakan-rakan ader yang dah dibebaskan tahanan ISA ... Gua bersyukur ader yang bebas... sepatutnya dah lama bebas pon...

Persoalannya ISA masih kekal ... lepas raya ... kemungkinan satu batch baru akan menghuni Kementa (ISA) ... kosongkan 5 tempat.. masuk la 5 orang baru... jangan terkejut bahawa pembebasan Mat Sah Satray dan kengkawan nieh akan dijadikan modal PRK N31 Bagan Pinang nanti.... lu tengok jer la..

Gua nasihatkan semua pihak yang menyokong GMI dan anti kepada ISA supaya meneruskan gerak kerja walaupun makin ramai yang telah dibebaskan oleh pihak Kerajaan Malaysia... isu penahanan tanpa bicara yang melanggari fitrah memang wajar dipersoalkan ...

Adakah kita mahu berlaku zalim kepada manusia sedangkan Allah S.W.T pun tidak berlaku zalim kepada semua makhluk dan membenarkan semua urusan melalui pintu keadilan iaitu perbicaraan.

Oleh yang demikian ... ISA adalah tidak lagi relevan dalam situasi Malaysia kerana kita masih ader banyak lagi akta-akta lain yang boleh memantau dan menyekat keganasan... maka wajarlah Gerakan Mansuhkan ISA diteruskan sehingga ISA benar-benar terhapus dari bumi tercinta ini.

Kepada Mat Sah Satray dan isteri (Norlaila Othman) ... semoga Aidilfiti kali ini lebih bermakna dan jangan sesekali tinggalkan GMI walau apa pun yang terjadi...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???