11 February 2010

Malaysia Syurga Buat Peragut

Malaysia nih memang mempunyai ramai peragut.. sebab itulah dikalangan pelancong asing... Malaysia dikenali sebagai syurga buat peragut... Peragut tidak kira mangsa... dari kanak-kanak, orang kurang upaya sehinggalah kepada warga emas... Yang penting bagi peragut adalah hasil dan keuntungan yang diperolehi. Peragut tidak mempunyai moral mahupun etika. Pada peragut... orang lain cuma layak menjadi mangsa mereka. Malah ada dikalangan peragut yang meragut keluarga mereka sendiri....

Pernyataan diatas gua gambarkan untuk pemahaman korang semua sebelum gua kuarkan point-point dibawah ini.... untuk menggambarkan satu lagi jenis peragut yang ada di Malaysia ini iaitu Peragut Politik...

Apakah persamaan antara peragut hartabenda (barangan) dengan peragut politik?

Peragut hartabenda tentunya tidak bermoral dan beretika malah cuma mementingkan diri mereka sendiri tanpa menghiraukan kesan langsung atas perbuatan ragut mereka itu. Peragut politik juga mempunyai persamaan yang jelas nyata seperti Peragut hartabenda dimana mereka akan meragut hak-hak rakyat dalam perlembangaan.

Peragut hartabenda dikutuk oleh sekalian masyarakat umum begitu juga dengan peragut politik.

Peragut hartabenda sememangnya tidak bermaruah... sama juga dengan peragut politik yang terkenal tidak bermaruah...

Peragut hartabenda hanya berani buat kalu situasi menyebelahi mereka .. sama juga dengan peragut politik yang hanya berani jika undang-undang dan situasi menyebelahi mereka (biasanya mereka ini menguasai undang-undang).

Peragut hartabenda tidak takut dengan undang-undang.... peragut politik juga tidak takut dengan undang-undang...

Hanya sesekali baru kedengaran cerita peragut hartabenda tertangkap dan didakwa serta dijatuhkan hukuman... sama juga dengan peragut politik yang langsung tidak akan ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman....

Jadi...... kesimpulannya....

Gua labelkan UMNO/BN sebagai bapak kepada segala jenis peragut kat Malaysia nih... jadi jangan terkejut la kita biler orang asing menggelarkan Malaysia sebagai Syurga Peragut..... macam siot jer...

2 comments:

  1. UMNO Perak dah jadi ikon idola peragut jalanan..Kudos to DS Najib for such 'ragutan kuasa'

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???