09 February 2010

Usul Supaya SPR Dibubarkan

Saya (S******* H**** @ CipanTapirTenuk @ C++) dengan ini ingin mengusulkan kepada semua rakyat Malaysia supaya mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dibubarkan daripada beroperasi di Malaysia.

SPR ditubuhkan sebagai satu penyelia urusan berkaitan dengan pilihanraya sejajar dengan peruntukan demokrasi berparlimen di Malaysia seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.

Oleh kerana pada hari ini kuasa untuk menentukan siapakan yang berhak memerintah sesebuah negeri didalam Malaysia (yang termaktub didalam Perlembagaan) telah bertukar tangan daripada proses pilihanraya yang sah kepada perintah kehakiman, maka dengan itu saya mengesyorkan bahawa usul ini dibentangkan dan diperdebatkan.

Untuk pengetahuan semua, pada masa ini telah termeteri satu duluan kes (precedent) yang menunjukkan bahawa perintah kehakiman adalah lebih berkuasa dalam menentukan kedudukan demokrasi seperti yang baru sebentar tadi berlaku di Mahkamah Persekutuan.

Maka ... marilah kita bersama-sama mendesak supaya SPR dibubarkan agar segala kos operasinya dapat dijimatkan kerana semua urusan berkaitan kini boleh diselesaikan oleh Mahkamah tanpa perlu konsensus daripada rakyat yang mengundi. Dengan cara ini kita dapat jimatkan kos pengendalian Pilihanraya Umum dan Kecil kerana telah ada duluan kes (precedent).

Dengan ini, saya mengusulkan supaya SPR dibubarkan.

Bacaan:

Pilihanraya Tidak Diperlukan Lagi
Yahoo Zambry Menang

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???