09 May 2010

MukminTV

Alhamdulillah.... Maha Suci Allah yang memberikan kekuatan, akal dan ilmu... Projek MukminTV hasil kolaborasi saya dengan rakan-rakan (bermula pada tahun 2008 dahulu) kini telah menampakkan hasilnya...

Walaupun bilangan kandungan bagi portal tersebut masih berkurang, yang pasti sehingga ke hari ini ianya masih berjalan dengan lancar dengan dana-dana sumbangan infaq para dermawan.

InsyaAllah dengan kerjasama pelbagai pihak lagi yang sedang dan telah diatur, maka dijangkakan MukminTV akan mendapat suntikan modal untuk membiayai penubuhan krew video MukminTV yang akan menerjah keseluruh pelusuk Malaysia dan mungkin ke beberapa negara demi untuk mendapatkan video aktiviti yang berkaitan dengan Islam dan komuniti Islam.

MukminTV juga menggalakkan jika ada mana-mana pihak yang mempunyai video yang berkaitan dengan Islam supaya dapat meng"uploadkan" ke portal MukminTV. Malah video dokumentari produk halal juga amat kami perlukan untuk mempelbagaikan isi kandungan didalam MukminTV.

Semoga semua usaha ini mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah S.W.T. Amin

Jazzakallah Khairan Kathira.

Admin
www.mukmin.tv

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???