03 June 2010

Demo Bantahan Judi Dan Israel Di Putrajaya Esok

Ini ader demo dua dalam satu.... esok sebaiknyer la.. aderkan satu demo bantahan judi dan Israel di Putrajaya esok selepas selesai solat Jumaat di Masjid Putrajaya. Selesai solat semua digalakkan berdemo didataran Masjid Putrajaya yang berhadapan dengan Jabatan Perdana Menteri.

Ini kerana isu judi dan Israel kedua-duanya didalangi oleh orang yang sama. Individu yang sama yang membenarkan kedua-dua perkara ini berlaku. Judi diberikan lesen oleh Najib Razak selaku Menteri Kewangan termasuklah judi sukan yang diluluskan baru-baru ini. Manakalah isu Israel juga direalisasikan oleh orang yang sama iaitu Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang mengizinkan APCO Worldwide beroperasi di Malaysia malah terlibat dengan sistem perkomputeran PDRM di Bukit Aman.

Oleh yang demikian, gua amat menggalakkan semua berada di Putrajaya esok dan jangan pergi ke Kedutaan Amerika Syarikat. Ini kerana demo di Kedutaan Amerika Syarikat esok selesai solat Jumaat dikhuatiri akan dihijack oleh Ibrahim Ali dan geng PERKASA.

Gua harap semua dapat mengelakkan dari pergi ke Kedutaan Amerika Syarikat (yang sebenarnya tiada kena mengena dengan isu ini) dan sebaiknya pergi ke Putrajaya dan berdemo disana. Ayoh mari kita ke Putrajaya esok.

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???