28 November 2011

Takrifan Bumiputera

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah lama (katanya lah) mewartakan bahawa masyarakat keturunan Siam di negara ini boleh mengubah pendaftaran dalam MyKad dan surat beranak mereka takrifan "Keturunan Thai" kepada "Bumiputra Siam".

Mmm.... pada satu dasar.. gua stuju... gua stuju perkataan Thai diganti dengan Siam... Ini kerana Thai adalah merujuk kepada satu cabang kaum di Thailand... tapi Siam adalah sebenarnya nama yang merujuk kepada negara... Thai adalah merujuk kepada puak/kaum dari Ayuthia... Manakala Siam pula merujuk kepada Tanah Besar Kerajaan Benua Siam yang pada asasnya adalah ditadbir secara Islam.

Negara Siam pernah dijajah oleh tiga orang puteri dari Burma satu masa dahulu... dan tiga orang puteri ini bersahabat (pernah menjalinkan hubungan diplomatik) dengan Cik Siti Wan Kembang (pemerintah negeri Serendah Sekebun Bunga @ Kelantan).

Puak/Kaum Ayuthia pula menakluk Siam selepas berjaya dalam satu peperangan besar yang telah menghakiskan serta menghilangkan susur galur Kerajaan Islam Benua Siam yang begitu besar sehinggakan semua yang berkait dengan Islam dimusnahkan... Yang terselamat adalah Kerajaan Ligor dan Selatan Siam yang masih lagi berjuang untuk menuntut autonomi bagi wilayah Islam Siam.

Sebab itulah gua bersetuju pada dasarnya perkataan Thai ini diubah kepada Siam ...

Tapi.... hanya setakat inilah sahaja yang gua bersetuju dengan Kerajaan Malaysia... tetapi gua amat tak bersetuju dengan pentakrifan Bumiputra ini... Kalu masyarakat Siam boleh mendapat status bumiputera atas alasan bahawa meraka telah lama menetap dan beranak pinak di Malaysia sejak sebelum Merdeka... bagai mana pula dengan status orang India, Cina (Baba dan Nyonya), Portugis, Belanda dan Inggeris yang telah menetap dan beranak pinak di Malaysia ini seawal tahun 1511 ..... errr.... pastinya mereka juga inginkan status Bumiputra...

Keturunan Hang Li Po pastinya akan menuntut hak mereka untuk diklasifikasikan sebagai Bumiputra.... perkara ini amat berasas kerana ader orang Indonesia yang dapat menjadi Bumiputra hanya kerana keluarga mereka datang ke Malaysia seawal 1900 .... mmmmmm .... pelik kan...

So.... takrifan bumiputera ini akan pastinya menjadikan satu masalah yang besar dalam percaturan politik dan sosial di Malaysia... Gua amat berharap agak ianya tidak akan jadi seumpama "tikus membaiki labu" .... perlulah ader satu jalan penyelesaian yang baik seperti mana "menarik rambut dalam tepung"....

Hahahaha.... camana gua boleh jadi skema nih.... hahaha

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???