30 April 2012

BERSIH Kan PDRM

Bhai.... Selepas 28 April 2012 yang menjadi satu sejarah baru bagi negara Malaysia tercinta... Kita akan dapati bahawa perlunya satu transformasi menyeluruh dilakukan terhadap PDRM...

Ujian psikotropik secara menyeluruh wajar dilakukan terhadap semua anggota PDRM tanpa mengira pankat mahupun umur...

Ini kerana, dari pemerhatian gua... Gua dapati ramai anggota PDRM seperti kerasukan hantu dan bertindak melampaui batas-batas normal dan professionalisma...

Bukan setakat para demonstran yang menjadi mangsa serangan rakus tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh anggota PDRM, tetapi pekerja kedai, peniaga, kakitangan restoran malah warga tua dan kanak-kanak pun menjadi mangsa belasahan anggota PDRM...

Ini tidak terkecuali kepada pengamal media dimana terlalu ramai jurugambar dan wartawan yang telah dikasari oleh anggota PDRM yang kelihatan seperi sedang mabuk darah..

Itulah sebabnya pada pandangan gua, perlulah diperlakukan sesuatu kepada PDRM... Kita perlu bersihkan PDRM ini untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???