15 September 2012

Bisnes Penapis Air

Hahahaha... Bhai... lui agak-agak aaa... idea memasang penapis air di 500 sekolah kat Kelantan nih idea Muhyiddin Yassin ker atau.... atau idea syarikat kroni pembekal mesin penapis air.... hahahaha

Hahahaha... gua tak tau nak tulis mender la pasai nih... sebab gua tak larat nak gelak nih.... hahaha... yer la.. ader kroni Muhyiddin Yassin yang kat Kelantan sudah ugut... kalu Muhyiddin Yassin takmo kasi projek kat diorang... diorang akan sabotaj Muhyiddin Yassin ... sabotaj nih nak kasi Muhyiddin Yassin takder peluang nak jadi PM....

Hahahaha... mampus la kalu Timbalan Perdana Menteri pon makan diugut... hahaha... awat la pondan sangat... hahahaha

Wei Bhai... gua dah tak larat nak gelak nih..... hahahahahahaha

"Kerajaan pusat akan memasang segera alat penapis air di 500 sekolah di negeri ini yang sedang menghadapi masalah bekalan air kotor, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pemasangan alat penapis air di 500 sekolah di bawah Kementerian Pelajaran yang sudah dikenal pasti itu, dianggarkan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta.

"Kita harap ini boleh mengurangkan masalah air kotor, saya tidak mahu pelajar di Kelantan menghidap penyakit yang berpunca daripada sumber air kotor," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Mesra Aidilfitri di Kota Bharu hari ini.
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata pemasangan alat penapis air itu berikutan kejayaan projek perintis yang dilaksanakan di beberapa sekolah di negeri ini menghasilkan air bersih yang dijamin kualitinya untuk kegunaan pelajar.

Beliau meminta pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan menyemak sekiranya masih terdapat sekolah lain yang menghadapi masalah sama untuk dipasang dengan alat penapis tersebut." - sumber

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???