17 September 2012

Lompat Sana Lompat Sini

Hahahaha.... gua cukup respek ahli politik yang tidak melompat.. tapi tetap dalam mode "yang betul mesti diakui betul, yang salah mesti diakui salah" ... maknanya.. tak kisah la ahli politik tue dalam UMNO ker... tapi kalu dier tengok ader benda yang tak betul dalam UMNO dier akan tegur dan tidak bersetuju...

Ahli politik nih kena memperlihatkan dirinya tidak lebih daripada hamba kepada rakyat yang mengundinya... Dier tabley nak merasa hebat.. dier tidak boleh membelakangi rakyat.. Semua tindakan dier mesti mementingkan rakyat yang mengundinya... Dan semua teguran rakyat mesti diambil kira sama ada dier suka atau tidak...

Dier jugak kena ambil tahu kebajikan rakyat yang dipimpinnya.... Tidak semua rakyat yang dipimpinnya aderlah rakyat yang telah mengundinya.. Dier kena bertindak adil sama ada kepada rakyat yang mengundinya ataupun rakyat yang tidak mengundinya... Kalu dier tidak boleh berlaku adil... dier bukanlah ahli politik yang baik... dan dier tidak layak menjadi ahli politik....

Samer gak dengan golongan Ustaz mahupun Ulama.... semua tindakan dier mestilah mengambil kira semua faktor.. dier tabley mementingkan kumpulan yang sealiran dengannya dan meninggalkan kumpulan lain semata-mata atas dasar mereka tidak mengikuti tarbiahnya... Kerja baik dan dakwah perlu menyeluruh... jangan sekerat-sekerat... jangan memandang orang yang jahil dengan pandangan yang serong... jangan ingat kerana ilmu yang tinggi, maka yang lain dipandang cuma sebelah mata.... Jangan rasa hebat.. jangan rasa riak.. jangan rasa ujub.... jangan rasa takbur....

Jadi pemimpin nih berat la bhai... memang berat... kalu rasa tabley nak jadi pemimpin yang adil... baik blah jer lar... baik mengundur diri... jangan dok giler nak menongkat kuasa... bagi kat orang lain yang lebih layak.. Ingat.. jawatan dan pangkat sebagai pemimpin tue bukanlah anugerah.. tapi amanah... kalu ingat sebagai anugerah.... tue yang jadi lebih giler kuasa tue...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???