21 December 2012

Lebih Dari RM 45 Bilion

Bhai.... Kalu lu baca apa-apa sahaja kenyataan daripada pihak Kerajaan BN mengenai wang... lu kena prihatin... kalu Kerajaan BN menafikan sesuatu nilai tue... maknanyer bukan bermaksud tiada nilai sebanyak apa yang didakwa... tapi sebenarnya lebih ataupun kurang bergantung kepada dekat bahagian mana yang dier nak citer...

Sebagai contoh... kalu Kerajaan BN mengatakan bahawa hutang negara aderlah sekitar RM 100 trillion... maknanyer...hutang negara mesti lebih dari RM 100 trillion.... ini kalu bab hutang la... Tapi...Kalu Kerajaan BN mengatakan bahawa simpanan negara aderlah sekitar RM100 trillion .... maknanyer.... simpanan negara mesti kurang dari RM 100 trillion.... ini kalu bab simpanan....

Sebab kedua-dua senario adalah sebenarnya ayat cover line... ayat nak bagi persepsi bagoosh... ayat nak selamatkan tengkok daripada disembelih... ayat nak menipu... ayat nak mengelat.... bukan sekalu Kerajaan BN guna teknik nih... dah beratus kali dah rasanyer...kalu tidak berpuluh kali...

Itu sebabnya... biler keluar citer tentang harta pusaka yang tak terwasiat yang sama ada dibekukan atau dikawal oleh kerajaan melalui Pemegang Amanah Raya....ataupun wang yang mati (dormant) dalam akaun bank-bank tempatan yang akhirnya wajib diserahkan kepada Pemegang Amanah Raya ... yang katanyer bernilai RM 45 bilion.... maka gua tak terkejut jika nilai sebenarnya lebih dari itu ataupun boleh mencecah 2 kali ganda....

Tambah pulak biler ader alasan takder statistik khusus berkaitan nilai sebenar harta pusaka dan tanggungan pusaka yang masih belum ditadbir. Ini lagi menimbulkan syak wasangka... dan lu agak-agak aaa.. kemana duit tue akan pergi... adakah dilaburkan oleh Kerajaan... dan keuntungannya digunakan oleh BN dalam proses kempen pilihanraya.... Kalu ader orang kata tak mungkin benda nih terjadi... gua nak gelakkan jer... sebab sebelum nih pon kakitangan kerajaan yang totok BN tak tau nak bezakan antara harta/aset negara dengan harta/aset parti.... Jadi memang tak terkejut aaa...



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???