04 December 2012

Tumbangnya AES

Bhai... isu kamera AES di Selangor yang ditumbangkan hari ini bukan sekadar isu kecil.. bukan sekadar isu kebenaran merancang... bukan sekadar isu permit... bukan sekadar isu saman... tapi sebenarnya isu yang berkait dengan struktur binaan diatas ROW (Right Of Way)

Kalu ader pihak yang membantah dan mengatakan bahawa Kerajaan Selangor tiada hak untuk meruntukan dan menumbangkan kamera AES ini atas alasan ianya dibina pada ROW jalanraya yang mana haknya adalah dimiliki oleh pengendali lebuhraya... maka.... ini jawapannya...

Jika dibenarkan mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya membangunkan struktur diatas ROW jalan tanpa pemantauan dan kebenaran... maka sudah pasti selepas ini sesiapa sahaja boleh memasang papan iklan BillBoard yang besar gedabak atas ROW tue..

Dan ini juga akan menyebabkan semua pemilik papan iklan BillBoard yang besar gedabak tue lepas ini pastinya akan menuntut supaya mereka juga tidak dikenakan bayaran dan permit oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan... sebabnya... ader pihak seperti Beta Tegap boleh memasang struktur AES disana tanpa perlukan permit dan membayar sewaan...

Jadi... jika dibenarkan AES dipasang tanpa permit, kebenaran dan bayaran cukai serta levi... maka semua orang lain juga sewajarnya dibenarkan mendapat kemudahan yang sama...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???