13 February 2013

Ali Rustam Mahu Buat Kejutan

Bhai.... Hahaha... gelak giler gua nih... (aiyark.. kata mau menulis secara skema... aper daaa... flip-flop la gua nih... hahahaha)

Sori aaa... sori pasai susah betul lar nak skema nih... mana taknyer.. kalu tulis secara skema... nampak macam buat karangan 600 patah perkataan masa SRP dulu... hahaha... takmo la...  hahaha... okeh.. okeh.. kiter berbalik kepada citer yang kena mengena dengan tajuk "Ali Rustam Mahu Buat Kejutan" ... hahahah

Ali Rustam cukup konfiden yang BN Melaka boleh rampas kembali semua DUN yang dimenangi oleh DAP/Pakatan Rakyat ... Hahaha.. cukup konfiden... yang lagi best tue... tetiba dalam statement dier ... boleh plak dier mengaku yang dier pernah menganaktirikan penduduk bandar yang dikuasai oleh DAP/Pakatan Rakyat .... hahahaha

Dier mengaku tue bhai..... hahaha... lu tarak percaya ka... cer baca artikel yang gua rembat dari Sinar Harian nih... hahahaha

MELAKA – Barisan Nasional (BN) percaya mampu membuat kejutan merampas kembali kesemua kerusi milik pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berdasarkan maklum balas penduduk.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berdasarkan sokongan rakyat negeri ini yang semakin padu memihak kepada kerajaan negeri, beliau percaya kesemua kerusi yang kini dipegang pembangkang di negeri ini akan bertukar tangan.

“Saya harap pengundi bagi peluang kepada BN supaya pelbagai transformasi lebih hebat dilakukan demi masa depan negara lebih makmur,” katanya semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pengerusi Parti Progresif Rakyat (PPP), Senator Datuk Chiew Tiang Chai, di sini, semalam.

Menurut Mohd Ali, PPP bakal mewakili BN pada PRU13 bagi kerusi Dun Kota Laksamana yang mencalonkan Tiang Chai untuk berdepan calon DAP.

Saya bagi jaminan penduduk dalam bandar tidak akan dianak tirikan sepertimana masa lepas, walaupun bandar diperintah DAP. Saya tengok wakil rakyat DAP tidak buat kerja,” katanya.

1 comment:

  1. Mungkin ucapan Datuk Seri Mohd Ali Rustam itu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu yang tidak ingin melihat Pengerusi Parti Progresif Rakyat (PPP), Senator Datuk Chiew Tiang Chai dijadikan calon bagi kerusi Dun Kota Laksamana pada PRU13 akan datang.

    calon SRP 1983 aka COBOL

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???