17 June 2013

Adakah Ini Juga Salah Anwar Ibrahim?

Bhai.... gua ader sedikit pelik bila macam berita camnie.... errr.... abang angkat.... Anggota Polis... mak tak bagi buat laporan.... tarik balik laporan asal.... errr....  banyak yang pelik aaa..... adakah ini juga salah Anwar Ibrahim? (no pun intended)....

Banyak persoalan disini... kenapa mak mangsa tak bagi teruskan isu... adakah mak mangsa takut dengan suspek.... atau......

Mmm...... something wrong somewhere.... hehehe


Remaja dakwa diliwat abang angkat

SUNGAI PETANI - Seorang remaja belasan tahun mendakwa dirinya diliwat oleh abang angkatnya dalam satu kejadian dekat Sungai Petani lebih kurang jam 6 pagi Jumaat lalu.

Suspek, lewat 20-an dikatakan bertindak menolak mangsa dalam keadaan tertiarap sebelum meliwatnya di mana kejadian berlaku di rumah suspek apabila mangsa menumpang tidur di rumah abang angkatnya.

Mangsa yang juga merupakan pelajar sekolah tahfiz bagaimanapun bertindak menarik balik laporan polis yang dibuat olehnya pada hari sama laporan dibuat.

Ini dikatakan atas faktor nasihat ibu mangsa supaya tidak memanjangkan kes tersebut memandangkan suspek dipercayai seorang anggota polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan perubatan daripada doktor yang merawat mangsa sama ada berlaku kes itu atau sebaliknya.

Namun katanya, siasatan sedang dijalankan kemungkinan sama ada laporan pertama dibuat mangsa adalah palsu.

“Kita sedang siasat perkara itu (laporan palsu). Jika ada kes (liwat) kita akan siasat dan bawa pesalah ke muka pengadilan,” katanya.

2 comments:

  1. Kena ugut kot Bhai, orang takut polis buat hal :)

    ReplyDelete
  2. siasatan belum pun bermula tapi menjangkakan laporan palsu dibuat oleh mangsa?? apakah????

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???