17 July 2013

MABA Belot?

Bhai/DeeDee sekalian... Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) belot... Sungguh memang MABA belot... MABA tidak patriotik.... Sebab aper gua citer camnie.... sebab MABA telah menjalinkan kerjasama dengan Li-Ning (pengeluar peralatan dan pakaian sukan negara China).

Awat.... Malaysia nih takder pengeluar peralatan dan pakaian sukan ker..... Poodah lar..... saper kater Malaysia takder pengeluar peralatan dan pakaian sukan.... Cuba tengok dengan jenama ETONIC ... brand ETONIC nih dijual kat luar negara.... Gua pernah beli baju sukan ETONIC dulu kat Jepun...

Walhal HQ syarikat ETONIC Garment Manufacturing Sdn Bhd nih dekat Rawang.... dan kilang jahit baju dier di Tanjung Malim Perak..... 

Kalu lu orang ingat brand ETONIC nih kira cap ayam.... tengok beberapa gambar yang gua publishkan kat bawah nih,...... khas untuk MABA pengkhianat tue....  

Hakeem @ Akeem Olajuwon tue star la bhai dalam basketball.... dier masuk dalam "Basketball Hall Of Fame" samer macam Kareem Abdul Jabbar, Micheal Jordan dan Magic Johnson...





PERSATUAN Bola keranjang Malaysia (MABA) menjadi persatuan sukan pertama di rantau Asia Tenggara menjalin hubungan kerjasama dengan pengeluar peralatan dan pakaian sukan dari China, Li-Ning.

Setiausaha Kehormat MABA, Chey That Woon berkata, kerjasama itu akan membantu skuad bola keranjang kebangsaan menimba pengalaman berlatih dan bermain di China.

“Buat masa sekarang, MABA tidak mempunyai perancangan yang khusus untuk tujuan itu dan untuk jangka panjang, kami perlu menyediakan satu plan yang dinamik.

“Melalui kerjasama dengan Li-Ning ini, MABA boleh memperluaskan jaringan melalui bola keranjang di China dan secara tidak langsung memberi pendedahan bermain di luar negara kepada pemain-pemain kita,” katanya.

Melalui kerjasama itu, katanya MABA menerima penajaan dalam bentuk barangan sukan selama setahun bernilai RM270,000. - SUMBER

4 comments:

  1. etonic mampu ke taja MABA main kat luar ngera mcm negara China ke?

    kalau setakat taja seorang player mcm akeem tu mungkinlah cukup..itupun dgn tujuan promosi..takkan nak gunakan player Malaysia untuk promosi..nak dapat top three pun rasanya tak mampu kat SEA..

    ReplyDelete
  2. Li-Ning bagi murah kot atau dapat komisen yang etonic tak boleh bagi hahaha..

    biasa la bhai business.. :) ikatan hanya pada duit@keuntungan bukan pada patriotik agama bangsa dan seumpamanya...

    ReplyDelete
  3. soal belot/KHIANAT bukan kat MABA je
    yg lg siot tu yg mengaku Islam
    lg lg lg siot parti Islam konon

    demo 505 satu habuk tak nmpak muka
    pusing2 konar2 bg alasan 'warak' punya

    tibo2 ado demo kat Turki
    nehi nehi nehi..kat dopan sokali!

    ReplyDelete
  4. aku bru tau brand tu. hahaha.. li ning pn aku xpakai.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???