24 November 2013

Kontrak Presiden FAM Tidak Disambung

Kuala Lumpur 24 November 2014:

Exco FAM telah membuat keputusan sebulat suara untuk tidak menyambung lagi kontrak Presiden FAM. Ini kerana setelah mengambilkira betapa teruknya pencapaian dan khidmat yang telah diberikan selama lebih 30 tahun ini kepada kemajuan sukan bolasepak di Malaysia.

Exco FAM juga telah mengambil kira pandangan dan rungutan para pemain, penyokong, peminat dan juga penaja bagi sukan bolasepak. 

Terdahulu diberitakan bahawa pihak DUNHILL selaku penaja utama sukan bolasepak di Malaysia sekitar tahun 80'an dan 90'an telah menghantar satu laporan bertulis setebal 450 muka bagi menerangkan senario sebenar sukan bolasepak di Malaysia.

Tindakan yang sama juga telah diambil oleh syarikat Nestle Berhad melalui jenama MILO dengan menghantar laporan setebal 800 muka berkaitan mutu pengurusan bolasepak di Malaysia dibawah Presiden FAM sejak 1980 lagi.

Bagi pihak peminat bolasepak di Malaysia, NGO terkenal iaitu Ultra Malaya pula diberitakan telah menghantar satu laporan setebal 700 mukasurat beserta dengan kompilasi tandatangan peminat sebanyak 129,832 dalam satu petisyen yang telah disahkan.

Oleh yang demikian, maka Exco FAM dengan sebulat suara memecat Presiden FAM dari jawatannya dan memberikan larangan kepada bekas Presiden FAM ini daripada memberikan kenyataan akhbar.

Denda dan tindakan tatatertib lain akan diputuskan dalam satu mesyuarat khas lembaga disiplin FAM yang akan bersidang dua minggu dari sekarang. Satu salinan laporan akan dihantar kepada AFC dan FIFA bagi menjelaskan keputusan yang telah diambil.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada bekas. Presiden FAM ini masih lagi tertangguh kerana sekatan yang telah dibuat oleh pihak Exco FAM.


Laporan dari Afghan Bin Osman
NONAMA NEWS NETWORK (NNN)
www.nonama.com

# le-parodie








4 comments:

  1. Di beritakan dari sumber yg layak di percayai, bekas Presiden sedang menunaikan umrah sambil mencari ketenangan.

    ReplyDelete
  2. ho ho ho

    Lu agak-agak sikit nak buat lawak pun. Case sensitive kat sini.

    Presiden tu Sultan, dia sangat berjasa kepada negara & bolasepak kita. Zaman dia, kita dapat menyaksikan banyak aktiviti pembangunan...Dengan liga tempatan yang kian "meriah" dengan insiden penyokong bergaduh, baling batu, nyala suar.

    Team Malaysia makin kuat mengaum hingga juara Asia Tenggara saja. Who wants to qualify to the WC, Asia Cup if we can win the AFF Cup, Asean Games?

    hehe

    ReplyDelete
  3. kalau yang lain dah tukar, tp tinggal presiden je tak tukar, korang rasa kalau tukar lagi jawatan selain presiden bleh improve ke? hahahahaha

    ReplyDelete
  4. yg kena pecat raja juga....

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???