15 December 2013

Mohon Sumbangan Bantuan Banjir

Salam, Saya Wan Muhammad Zawawi bin Wan Hassan selaku Bendahari PASTI Kawasan Kemaman. 

Di Kemaman mempunyai 24 buah PASTI & seramai 1,490 pelajar selurah PASTI Kawasan Kemaman, 9 buah PASTI (587 orang pelajar) yg terlibat dengan banjir termasuk Pejabat PASTI Kawasan Kemaman.

Seramai 44 orang guru & 4 orang AJK PASTI Kawasan mangsa banjir, 95% barang- barang PASTI yg rosak teruk tidak lagi boleh di gunakan. 

Saya merayu, PASTI Kawasan Kemaman sangat memerlukan bantuan dari segi barang- barang pejabat seperti meja guru, almari fail, kerusi pelajar dll untuk PASTI- PASTI, juga memerlukan barang- barang asas dapur seperti gula, gandum, minyak dll untuk cikgu- cikgu, juga memerlukan barang- barang sekolah seperti beg, buku tulis, pensil dll untuk pelajar & juga sangat memerlukan dari segi kewangan. 

Segala sumbangan tersebut boleh terus kepada Bendahari PASTI Kawasan Kemaman (Wan Muhammad Zawawi Wan Hassan) untuk diagihkan kepada PASTI- PASTI, cikgu- cikgu & pelajar- pelajar & juga boleh disalurkan ke akaun tersebut :- 

Nama bank : Maybank, 
Nama akaun : PASTI Kawasan Kemaman
No akaun : 563028805892

Sebarang maklumat boleh hubungi Bendahari PASTI Kawasan Kemaman di talian : 019- 983 4583 (Call, mesej atau whatsApp). Jutaan terima kasih atas sumbangan tuan & puan. 

p/s: Tolong panjangkan kepada semua...

*** Sesungguhnya sadaqah jariahmu akan menjadi sebaik-baik penemanmu di alam barzakh dan juga akan menjadi sebaik-baik pembantumu di padang mahsyar nanti - insyaAllah***

Jazzakallah Khairan Khatira

1 comment:

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???