21 January 2014

Pergh... Salahkan Orang Lain La Pulak

Bhai/DeeDee semua...

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) nih pon satu lar.... Senang-senang jer sabitkan 26 pengeluar ais sebagai kartel untuk menetapkan harga ais..... Aper daa.... elok la harga ais diseragamkan... takder la ader yang dajal jual melampau harga berbanding syarikat lain..... Ooo... kalu berpakat nak sama kan harga barangan dikira kartel... dikira melanggar akta persaingan......

Abis tue.... aper citer yang ASTRO dan TNB yang dapat ekslusif peluang bisnes tanpa persaingan langsung tue.... aper citer....  mentang-mentang la dua syarikat nih monopoli perkhidmatan..... senang-senang jer kedua-duanyer naikkan harga .... siap Kerajaan Malaysia yang tolong diorang nih naikkan harga..... aper daaa...

Patutnya MyCC amik la tindakan anti monopoli terhadap kedua-dua syarikat nih..... baru la betul... ini tidak.... nampak sangat la tabley pakai ini Suruhanjaya Persaingan Malaysia nih.... hampeh.... Cuba kalo TNB tak monopoli perkhidmatan elektrik.... tentunya harga elektrik akan kekal berdaya saing.... Cuba kalo kasik tiga empat syarikat handle perkhidmatan bekalan elektrik.... kiter tengok amacam ngan harga perkhidmatan...

Ingat tak dulu masa perkhidmatan telefon dikongker oleh Telekom Malaysia.... berapa harga caj panggilan....  Skarang nih... tengok... aper sudah jadi... bukan kah makin murah...... aper daaa...



Yang lagi best tue.... MyCC salahkan pengeluar ais... walhal ... semuanya salah TNB dan Kerajaan Malaysia yang menaikkan kadar tarif elektrik..... hampeh tul lar.... salahkan orang lain la pulak... 


No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???