13 January 2014

Skop Latihan?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam masa timbul isu ader gambar anggota PDRM didapati mabuk semasa bertugas.... ader la sorang hamba Allah nih call gua.... mintak pandangan gua... betul ker gambar tue gambar latihan anggota PDRM.... atau gambar tue superimposed....

Gua cakap kat dier.... gua tak tau la gambar tue superimposed ker mender ker... sebab gua bukan pakar dalam bidang grafik nih... kena tanya ngan expert la..... hahaha... tapi kalu tanya gua aderkah itu gambar latihan anggota PDRM.... laju jer gua katakan ianya aderlah mustahil...

Firstly..... setiap latihan anggota PDRM mesti disediakan seperti mana yang ada dalam buku jadual latihan dan ini semua dikawalselia oleh Unit Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang diketuai oleh seorang Ketua Unit... Buku jadual latihan nih memang disediakan oleh satu jawatan kuasa latihan yang sentiasa memantau setiap latihan supaya ianya relevan dengan keperluan pasukan... Ini termasuklah sama ada latihan secara dalaman mahupun latihan secara luaran serta latihan bersama dengan pasukan keselamatan yang lain.

Secondly... tiada latihan yang boleh dilakukan tanpa mendapat lampu hijau daripada Ketua Unit Latihan PULAPOL bagi anggota PDRM. Tetapi bagi kakitangan awan yang bukan anggota PDRM (walaupun berkhidmat dibawah premis PDRM) boleh menjalani latihan setelah ianya diberikan lampu hijau oleh Jabatan Perkhidmatan Awam...

Thirdly... bagi kes pasukan khas dibawah KDN (VAT69, UTK, Agensi Berkaitan dan sebagainya), setiap latihan "khas" hanya memerlukan lampu hijau dari Ketua Polis Negara (KPN) dan sama ada ianya dibuat atau tidak dibawah pemantauan Ketua Unit Latihan PULAPOL adalah satu isu yang lain. Sebab ader kes dimana latihan khas ini hanya diketahui oleh anggota yang terbabit sahaja bersama dengan ketua kumpulan mereka.

Forthly... Latihan meminum minuman keras dan latihan merogol atau sebagainya tidak pernah dan tidak akan menjadi sebahagian daripada skop dan corak latihan anggota PDRM. Ini bertentangan dengan silibus latihan yang ada.

Oleh yang demikian... maka insiden gambar anggota PDRM mabuk ketika bertugas adalah mustahil sebahagian dari latihan. Ianya tidak logik sama sekali.

Untuk Makluman : Gua bukan anggota PDRM dan gua bukan berkhidmat dibawah KDN serta Agensi dimana gua "pernah" terlibat dan melibatkan diri adalah satu Agensi yang tidak berada dibawah kuasa dan jangkauan Menteri Dalam Negeri serta Menteri Pertahanan

1 comment:

  1. arak berselerak merata tempat yang jadi mabuk pun tak kira tempat dan pangkat
    jauhilah arak yang membawa mudarat

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???