21 March 2014

MH370 : Perkembangan Terkini Siasatan

Bhai/DeeDee...

Gua dimaklumkan bahawa terdapat beberapa lead daripada pihak awam yang sedang disiasat dengan lebih teliti. Ada beberapa pihak di selatan Negeri Pahang mendakwa telah melihat sebuah pesawat komersial terbang rendah pada awal pagi 8 hb yang katanya menuju ke arah selatan Semenanjung Malaysia.

Maklumat ini masih diteliti kerana pihak Agensi berpendapat semua maklumat adalah perlu untuk merungkaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Siasatan lain juga kini tertumpu kepada pasukan / unit / kontraktor yang membuat pembersihan pada pesawat untuk mengenalpasti sama ada terdapat tangan-tangan yang telah meletakkan peralatan yang diperlukan oleh "hijackers" lebih awal sebelum krew dan penumpang naik. Siasatan ini hasil daripada maklumat awam yang disampaikan kepada blog ini. Terima kasih kepada pemberi maklumat.

Lain-lain siasatan telah, sedang dan akan dibuat terhadap beberapa individu dan jabatan bagi mengenalpasti dan mengesahkan beberapa perkara yang menjadi kemusykilan telah berlaku seawal 10 hari sebelum kejadian. Ini kerana terdapat petunjuk bahawa kejadian kehilangan MH370 adalah disengajakan oleh pihak-pihak tertentu dengan menginayakan/mensabotaj pilot dan co-pilot.

Setakat itu sahaja maklumat yang boleh disampaikan kepada lu orang sumer..

SUMBER : Agensi

#PrayForMH370

6 comments:

  1. ada manusia sanggup aniaya manusia lain atas arahan orang lain
    aniaya ialah buat naya
    gong kedak dah bekeladak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. agreed!!!
      Sanggup naya pasai duit, kalau dapat banyak takpa ni pasai takut hilang kerja, benda tak betoi pun ikut... pasai majoriti la ni dok pegang yang Boss depa bagi depa makan... bukannya dari rezeki Allah Taala...Jadi dok bertuhankan duit... kalu boss jadi tuhan depa, duit jadi tuhan depa... berapa banyak tuhan daa...

      Bhai c++,
      kalu lu takdehal...bagitau jelah kat ex boss lu...kasi londeh habis terus...kat US, french kita boleh kasi londeh... keselamatan negara boleh tukaq jadi kepentingan masyarakat... takdehal la kalu lu olang buat benda yang sama...atau lu pun serupa cam golongan yang banyak....hahaha

      Delete
  2. kalau 4jam berapa kali pusing malaysia agaknya ya.

    ReplyDelete
  3. Just suspect someone else but not me.

    ReplyDelete
  4. MH370:BOEING 777-200(08-03-2014)

    Kesimpulan yang saya buat tentang kehilangan pesawat MAS MH370.

    A. Ada 5 isu besar yang cuba dialihkan (cover) dari perhatian rakyat naif.
    a. Kehilangan wang tunai jumlah yg besar dari BNM
    b. Keputusan mahkamah kes liwat 2
    c. Pilihanraya DUN Kajang
    d. Kes perjanjian air di Selangor
    e. Kerajaan yang lemah - menagih simpati rakyat

    B. Mewujudkan tanggapan bahawa pembangkang adalah JAHAT terutama PKR


    1. Dengan MEWUJUDKAN satu malapetaka skala besar (sama dengan kes Al Maunnah dan Lahad Datu) akan mengakibatkan

    rakyat naif terpaling dari 5 isu yang saya sebutkan di atas kerana rakyat Malaysia ni mudah di "tune" mindanya.

    (pada peringkat ini pun saya percaya majoriti rakyat Malaysia yang naif akan percaya bahawa malapetaka skala besar

    yang terjadi di negara kita adalah benar-benar malapetaka!)

    2. Rakyat naif akan simpati dengan mangsa malapetaka kerana melibatkan rakyat, tentera dan keselamatan negara.

    3. Rakyat tidak akan bertanya siapa dan bagaimana wang boleh hilang dari BNM?

    4. Rakyat tidak akan melakukan Reformasi, walaupun ramai yang simpati dengan anwar

    5. Rakyat tidak akan terlalu ghairah berkempen dan bercakap politik (BN yakin mereka tidak akan menang di Kajang).

    kempen pilihanraya akan mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran BN.

    6. Ada muslihat dalam MOU air di Selangor. YAB Khalid seorang ahli perniagaan yg berjaya tetapi bukan ahli politik

    Michaevalian seperti Najib dan Mahathir. Rakyat naif tidak akan memikirkan tipu muslihat BN dan menumpukan kepada

    nasib mangsa malapetaka.

    7. Pentadbiran Najib adalah yg paling lemah, lebih lemah dari Pak Lah yg kaki tidur. untuk mengelakkan rakyat

    membicarakan kelemahan kerajaan dan menagih simpati rakyat naif.



    MODUS OPERANDI

    1. merancang malapetaka skala besar

    2. mencari kambing hitam

    3. men"tune" minda rakyat supaya percaya malapetaka yang terjadi adalah benar-benar malapetaka.

    4. men"tune" minda rakyat supaya percaya punca malapetaka adalah kambing hitam tersebut
    (sebab itu dicari juruterbang yg condong PKR, merampas simulator dirumah (apa masalah seorang juruterbang

    mempunyai hobi alat simulator????) (Anak saya mempunyai simulator peperangan -PS2- adakah anak sya pengganas??)

    5. polis lebih gemar membesarkan kemungkinan masalah psikologi pilot

    6. Menyembunyikan mangsa di tempat rahsia, yang mereka sendiri tidak tahu di mana mereka sekarang. (Sebenarnya

    kapalterbang tak pernah keluar dari malaysia. logiknya kalau keluar mesti telah dapat dikesan oleh radar Vietnam,

    China, Indonesia, India, Singapura dll). Sebenarnya, radar negara kita juga mengesan kapalterbang tersebut, tetapi

    di tutup cerita itu)

    7. "torture" pilot supaya mengaku beliau adalah penyokong tegar PKR dan ANWAR - adakan sedikit rakaman video kelabu

    untuk disiarkan di RTM dan TV3

    8. Komando, intelligent polis dan tentera akan menyerbu dan membebaskan mangsa di tempat rahsia tersebut.

    9. Sebelum mangsa dibebaskan kepada awam, mereka di"brainwash" bahawa mereka telah ditawan oleh pilot dan rakan-

    rakan.

    9. Apabila mangsa dibebaskan kepada awam (termasuk media). Media akan menebual beberapa orang mangsa. Mangsa akan

    menceritakan kembali apa yang telah di"brainwash" oleh intelligent malaysia. rakaman itu akan ditayangkan kembali

    di RTM dan TV3

    10. Rakyat simpati dan memuji kecekapan kerajaan dan pihak keselamatan.

    11. Media akan penuh dengan....NAJIB CEKAP, NAJIB HEBAT, PM TERBAIK, BRAVO PM....dan tahniah dari seluruh dunia.




    -ArouseMah-

    ReplyDelete
  5. Yg lain tu boleh konfem bila keldai2 BN bertindak ikut skrip bodo tu..yg no 11 tu konfem gagal sebab kredit pada Big Mama akan disebut2 macai termasuk oleh PM cap ayam RM1 dan skang kangkung dah turun...itu la tragedi sebenar MH370..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???