31 October 2014

Betul Ke Tidak??

Bhai/DeeDee semua....

Sila baca artikel nih yang gua rembat dari Sinar Harian.


SHAH ALAM - Satu mesej tersebar melalui aplikasi WhatsApp menyatakan telefon pintar orang awam sedang dipantau oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Mesej berkenaan berbunyi "Perhatian!! Sila tekan pada skrin HP anda *#06#.. Dan jika dia hanya keluar IMEI, HP anda selamat... Dan jika dia keluar/01 bermakna HP anda sedang dipantau oleh PDRM. Jika /02 HP anda sedang dipantau SPRM.

Mesej berkenaan dikatakan mula tersebar kira-kira dua hari lalu.

PDRM menafikan pihaknya sedang memantau nombor orang ramai yang menggunakan telefon pintar.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad menerusi laman rasmi Facebook PDRM menjelaskan dakwaan itu tidak benar.

“Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp yang mendakwa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat ini.

“ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat,” katanya.


Hehehehe.......

Betul.... PDRM memang tak pantau telefon pintar lu orang..... tapi PDRM cuma pantau perbualan dan teks dari komunikasi telefon mudahalih dan talian tetap lu orang jer.... Jadi memang PDRM tak pantau telefon pintar .... cuma diorang pantai komunikasi jer..... Hahahaha ...

Dah bertahun dah diorang buat benda nih.... dan Agensi yang pernah gua berkhidmat pon ader buat benda yang sama gak..... Hahahaha.... aper ader hal..... aper mau kecoh.... hahaha  .... Rajin-rajin la lepak kat Subang Hitech ...... hahaha

3 comments:

  1. orang yang tak pandai saja guna alat hubungan macam ni
    orang pandai lain kira becaranya
    telepon ni guna nak sembang ringan bole la sembang berat tolong la cari jalan lain
    dah lama dah

    ReplyDelete
  2. patutle kat obersi nokia 3310 dah mula fofular dan mahal harganya....

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???