Kah Kah Kah.
Tanyalah siapa sahaja waima budak sekolah rendah sekali pun tentang adakah mereka berani melakukan conteng kepada kenderaan PDRM? Pastinya semua akan mengelengkan kepala. Untuk berada dekat dengan kenderaan PDRM pun sudah menimbulkan rasa cuak kepada sesiapa sahaja. Tambah lagi jika ada demonstrasi jalanan.
Kah Kah Kah.
Orang gila pun tidak akan menghampiri kenderaan PDRM. Tambah lagi dalam keadaan demo jalanan dimana LSF dan FRU ada dimana-mana berkawal. Malah anggota Cawangan Khas dan Polis berpakaian preman juga cukup ramai berada sama ada dekat dengan kenderaan PDRM ataupun berada bersama menyelinap didalam kumpulan orang ramai yang melakukan demo jalanan.
Kah Kah Kah.
Jadi, tentulah cukup pelik lagi ajaib sekiranya kenderaan PDRM mampu diconteng dengan menggunakan "spray paint. Sungguh pelik. Mungkinkah contengan ini dilakukan oleh pelaku yang halimunan? Adakah ianya dilakukan oleh Jin?
Kah Kah Kah.
Pastinya tuduhan yang mengatakan ada pihak awam (peserta demo jalanan) yang terlibat melakukan "vandalisma" terhadap kenderaan PDRM ini cukup melucukan. Orang gila pun tidak akan mampu melakukan perkara ini tanpa dikenalpasti, ditangkap mahupun dibelasah dengan cota Polis.
Kah Kah Kah.
Tahniah kepada PDRM, Anda mampu untuk menjuarai Maharaja Lawak Mega 2015 yang akan datang. Sila hantar satu kumpulan pelawak anda untuk sesi ujibakat Maharaja Lawak Mega 2015.
Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu
jin yang buat tu..tetiba je ada
ReplyDeletemasih ingat lagikah bersih 1,2,3 sapa yng mula wat provakasi?ada mamat2 yang pakai gelang getah macam hisammudin ngan anu zain pakai tu! cukup2 la wt lawak tu! cari idea lain la! Pasai Orang Lain Ia Sibuk!
ReplyDeletemungkin depa ada baca itu ayat dari surah Yaasiin
ReplyDeletesebab tu tak nampak masa depa buat
macam macam jugak bole jadi
1 tapi banyak macam
PDRM sibuk nak tangkap orang yang conteng bas tapi bila nak tangkap ahlong2 yang bermaharajalela. Tiap2 minggu kita akan lihat di Harian Metro mangsa mengadu di di pukul, di ugut bunuh dsb tapi tiada tindakan pihak polis.Kenapa? Adakah jenayah menconteng bas lebih berat dari ugutan atau perbuatan jenayah?
ReplyDeleterocky the great brown unused dick says: tapi wa tengok tokeh2 tow truck worksyop sinang2 saja masok balai pigi meja IO? lagi diaolang angkat lokok IO loh..
ReplyDelete