11 February 2015

Silalah Bertindak

Sedih lagi sayu apabila saya membaca keratan media ini. Mereka masih kecil. Sudahlah ayah telah tiada, kini ibu pula menyusul menemui Ilahi. Setakat mampu bertumpang teduh sehari dua dengan saudara mara.

Saya faham bahawa keluarga ini pastinya tidak dilindungi dengan manfaat insuran atau takaful. Tapi itu semua ciptaan baharu duniawi. Sebagai orang Islam, wajarlah mereka ini mendapat bantuan sewajarnya daripada Pusat Zakat dan Baitulmal. Mereka ini sudah menjadi orang yang layak menerima bantuan.

Saya faham bahawa anak yatim bukan tergolong dalam asnaf sebab itulah banyak kes anak yatim piatu yang dipandang sebelah mata sahaja oleh Pusat Zakat @ Baitulmal. Pembahagian agihan zakat bukan main berkira, tapi sebenarnya lebih banyak wang zakat dan Baitulmal yang terperap didalam akaun bank tanpa agihan.

Oleh kerana ini, saya pasti hidup anak-anak yatim sebegini tidak akan terbela. Sudahlah keluarga terdekat yang ada pun tidak berkemampuan bagaimana pula mereka dapat memberikan bantuan. Wang berkepuk didalam akaun bank  kekal beranak pinak tetapi tidak diagihkan dengan sewajarnya.

Ok, anak yatim bukan asnaf zakat, namun tidak bolehkah pegawai zakat memantau dan mengambil cakna kes sebegini dan salurkan maklumat kepada Baitulmal. Buat apa simpan wang berjuta di Baitulmal jika tidak dimanfaatkan.

Harap Pusat Zakat dan Baitulmal lebih prihatin berkenaan isu ini.

Sekian, Terima Kasih,

Cik Min @ CM
Senawang, Negeri Sembilan


1 comment:

  1. rocky the great brown unused dick says: huwaaaa...aaaa... lu afasal taro ini cirita ini ari? wa ta bley baca musti mao nanges punya; wa dulu pon pernah merempat makan mandi kat mesejid (walaopon tak pernah solat Jemaah); ini worang mak sudara kalo bley mao kasik no. akaun laa ato alamat , musti ramai urang mao tulong especially worang tara brapa kaya (worang kaya dia mana ada hati lumbut, juta2 ada sindiri simpan mao rasoah malaekat sana..) haiyooo manyak sidey woooo

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???