09 April 2015

Hahaha .....

Bhai/DeeDee ....

Kan gua dah lama kasitau... agak-agak la nak guna telefon.... Hahaha....  Simple matter ja.... mudah sesangat lar.... Hahaha... Itu baru PDRM ... belum lagi kalu kira kat semua agensi dan jabatan lain.... Hahaha.... Bukan stakat komunikasi telefon sajer aaa... yang lain pon dok bawah full monitoring.... Bekas Agensi tempat gua berkhidmat dulu pon ader gak sistem pemantauan.... tabley nak citer la.... Hahaha

Oh yer... aper citer baru-baru nih ader team yang pi US untuk latihan ..... dah balik ka??? Hahaha


KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu hasil pintasan perbualan telefon berhubung pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu diberikan kepada para pegawai penyelaras operasi Cawangan Khas (SB) sepanjang tempoh operasi menghapuskan penceroboh terbabit.

Pegawai penyelia Unit Pintasan Komunikasi SB Bukit Aman ASP Muhammad Fauzairi Jaidin berkata hasil pintasan itu diberikan secara berperingkat semasa Ops Sulu, yang dilancarkan pada 12 Feb, 2013, dan Ops Daulat pada 5 Mac, 2013.

"Saya mula menyerahkan produk pintasan komunikasi secara berperingkat sejak Ops Sulu dan Ops Daulat sedang berjalan sehingga kedua-dua operasi itu tamat," katanya semasa pemeriksaan balas.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan 30 individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu dua tahun lepas.

Menjawab soalan peguam Datuk N. Sivananthan, Muhammad Fauzairi berkata beliau tidak membekalkan sebarang dokumen lain berhubung hasil pintasan perbualan telefon kepada pegawai yang memintanya kecuali bagi yang dikemukakan di mahkamah oleh pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, beliau berkata bahawa dokumen-dokumen yang menyerupai dokumen yang disediakan unitnya mungkin salinan untuk kegunaan pegawai-pegawai yang berkenaan.

Dua puluh tujuh warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggotakumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April, 2013.

3 comments:

  1. pintas benteras jangan tunggu bagi jadi satu alasan untuk buat benda lain
    kalau khianat dengan amanah banyak yang susah
    ingat ada balasan menanti setiap diri disana nanti
    jangan lupa satu tempat yang diseksa tapi tak mati mati
    takutlah dengan takut yang sebenarnya dalam hati

    ReplyDelete
  2. Masa Sirul dan Azilah berhubung dgn individu lain tika sebelum dan selepas C4 bersepai dulu, ada dibuatkah atau tidak pintasan panggilan itu?

    ReplyDelete
  3. mana telefon milik tantuya sudah hilang ke
    canggih tak kan tak pintas kut
    dah kena cantas kut
    manusia alpa

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???