Bhai/DeeDee semua...
Majlis Bandaraya Johor Bharu dah ader enam pasang cermin mata gelap khas yang diberi nama "Spy Sun-glass Camera" .... Enam pasang jer tue.... Hehehe... agak-agaknyer berapa kos untuk perolehan peralatan nih.... RM1000 seunit ker? Atau RM2000 seunit ker? Takdak plak diorang warwarkan berapa harganyer.... Hahaha
Tapi... ikut carian gua di Internet (DHGATE).... harganya serendah USD$15 ... Ader banyak spesifikasi... jadi kalo ikut aper yang gua gugle tue.... memang menarik harganya... dan kualiti pon okeh la....
Cuma kalo ader orang mark-up harga macam lahanat bagi dijual kepada MBJB gua tak tau la... Tapi kalo ikut stendet Malaysia... memang akan ader orang yang akan untung atas angin... untung giler babat... untung tak hinggat... Hahaha
Giler siot....
SINAR HARIAN
JOHOR BAHRU - Mereka yang mahu membuang sampah sesuka hati di bandar raya ini mulai esok perlu terlebih mengawasi indvidu yang bercermin mata hitam di sekeliling mereka.
Ini kerana individu sedemikan kemungkinan besar merupakan anggota Unit Pencegahan Kekotoran (UPK) Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) yang mampu mengesan pembuang sampah menerusi cemin mata pengintip 'spy sunglass camera' yang dipakai mereka.
Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata, peranti itu yang berdefinisi tinggi mampu merakam visual dan audio selama lapan jam.
"Setakat ini MBJB mempunyai enam alat itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan UPK di sini hari ini.
Beliau berkata, enam orang anggota UPK akan berpakaian biasa dan memakai alat itu semasa melakukan penyamaran.
"Orang awam yang tertangkap membuang sampah akan dibawa ke kaunter bergerak bagi melihat kembali video kesalahan yang telah dirakam oleh pihah UPK sebelum mereka diminta menjelaskan kompaun.
"Pesalah akan dikenakan kompaun dengan kadar RM20 bagi pelajar, RM50 bagi orang dewasa dan pelancong.
"Pesalah yang gagal menjelaskan kompaun akan dikenakan tindakan mahkamah manakala pelajar sekolah atau pengajian tinggi akan diminta untuk menghadiri program Kesedaran GAS (Generasi Anti Sampah)," kata beliau.
Abdul Rahman berkata, sasaran utama pemantauan di bawah 'Zon Penguatkuasa Anti-Litter' itu termasuk kawasan siar kaki City Square, JB Bazar, Bazar Karat, JB Sentral dan Larkin Central.
Beliau berkata, MBJB akan turut mengedar surat pemberitahuan pelaksanaan program antisampah di pejabat kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, pusat beli-belah dan premis gedung perniagaan.
"Kami berharap dengan adanya unit dan peralatan baru ini, ia dapat membantu mengekang perbuatan membuang sampah dan sekali gus melahirkan lebih ramai masyarakat maju yang menjadikan kebersihan sebagai budaya hidup mereka,"
katanya.
Sementara itu beliau menolak dakwaan Adun Pengkalan Rinting, Cheo Yee How bahawa kawasan pelancongan warisan dalam bandar raya Johor Bahru dibelenggu masalah sampah serta memberi ancaman keselamatan kepada pengunjung.
Beliau berkata, dakwaan tersebut tidak benar kerana pihak MBJB sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memantau kebersihan dan keadaan semasa di kawasan tersebut.
"MBJB dan polis sentiasa membuat rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan itu bagi memastikan keselesaan para pengunjung di samping membasmi aktiviti yang tidak sihat," kata beliau.
Yee How dilaporkan sebagai berkata, pihak berkuasa perlu mengkaji semula perancangan Bazar Karat dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kebersihan, keselamatan serta tempat letak kereta di sekeliling pusat Bandaraya Johor Bahru kerana ia adalah kawasan tarikan pelancong. - Bernama
inikah yg namakan group komando khas sampah.. gitu..?
ReplyDeletejenerasi anti rasuah anti rokok arak zina rompak curi duit negara
ReplyDeleteanti bn ok jugak
rocky the great vibrator says: bhai Pok Dhee, wa ucap syabassss inspector sahabb, misi lu Berjaya ka ka ka ka ka ka ka... lepas ni kasik sekat anak Tun Che Det la pulok ek? ka ka ka ka ka (mampos Tanah melayu... huk huk huk sroooott)
ReplyDeleteSekadar bertanya,
ReplyDeleteBukanke lebih baik pembelian spy sunglasses tu tidak perlu diwarwarkan oleh suratkhabar?
intip (pakai spy sunglass) dan tangkap pembuang sampah senyap2 kan lagi berkesan.
Kalau gitau, nanti org akan berlakon baik depan sunglassmen,
tapi bila dah line clear takde sunglass men kat situ, diorg lempar balik sampah tu.
Musykil.
Geng gagak hitam utk tangkap menteri mencuri ada tak
ReplyDeleteGeng gagak hitam untuk pantau n tangkap pak menteri yg mkn rasuah x de ke
ReplyDeleteGeng gagak hutam yg pantau n tangkap Pak menteri yg pecah dara amanah n rasuah x de ke
ReplyDelete
ReplyDeleteFiraun
Firaun tuu dah sah2 kafir harbi
Firaun dah terang2 lawan nabi Musa as
Firaun TAKde pertahan kalimah ALLAH
Firaun takde BELIT tipu PUTAR & FITNAH
So..
Firaun memang zalim BUT his brutal straight to d point
TAPI
Sebaliknya..
YANG
Yg SORBAN
Yg songkok tggi
Yg lagi jahat BEJAT & lagi sgt2 ZALIM nih
Yg mengaku ISLAM
Yg mengaku mnjd saksi-mnCINTAI ksucian-ALLAH
Yg siap mati2an nak prtahankan kalimah ALLAH
Yg OLOK2-konon nak buat hudud ALLAH
Yg mengaku CINTA n sayangkan RasuluLLAH
Yg berTOPENGkan jubah brtopengkan SORBAN
Yg brTOPENGkan "selawat" mega Ya-Ha-Na x3
Dgn TOPENG
Dgn TOPENG2tu buat smahu2nya khianat-RASUAH
Dgn topeng-SORBAN..auta-ONAR-makar-FITNAH
Dgn jubah-SORBAN-songlap putarBELIT hadis n ayat2 Quran
Dgn TOPENG2 itu samun-LANUN-rasuah-FITNAH menipu & bnar7KELIRU kan ummah
JADI
Jd sama2 saksikanlah..
Sape?
sape??
sapekah??? yg lebih jahat serta lebih BEJAT drp siFiraun itu disisi ALLAH????!
AWAS!!!
Nota:
KELIRU = TOPENG= sjahat7TIPU didisi ALLAH
KELIRU = TOPENG = sbejat7FITNAH disisi ALLAH
KELIRU = slicik7TABIAT-akidah-MURTAD-Yahudi mmrangkap-mngHAMBAkan ssama umat mnusia
KELIRU = sbejat7FITNAH-songsang-MURTAD dsisi ALLAH
ReplyDeleteFiraun
Firaun tuu dah sah2 kafir harbi
Firaun dah terang2 lawan nabi Musa as
Firaun TAKde pertahan kalimah ALLAH
Firaun takde BELIT tipu PUTAR & FITNAH
So..
Firaun memang zalim BUT his brutal straight to d point
TAPI
Sebaliknya..
YANG
Yg SORBAN
Yg songkok tggi
Yg lagi jahat BEJAT & lagi sgt2 ZALIM nih
Yg mengaku ISLAM
Yg mengaku mnjd saksi-mnCINTAI ksucian-ALLAH
Yg siap mati2an nak prtahankan kalimah ALLAH
Yg OLOK2-konon nak buat hudud ALLAH
Yg mengaku CINTA n sayangkan RasuluLLAH
Yg berTOPENGkan jubah brtopengkan SORBAN
Yg brTOPENGkan "selawat" mega Ya-Ha-Na x3
Dgn TOPENG
Dgn TOPENG2tu buat smahu2nya khianat-RASUAH
Dgn topeng-SORBAN..auta-ONAR-makar-FITNAH
Dgn jubah-SORBAN-songlap putarBELIT hadis n ayat2 Quran
Dgn TOPENG2 itu samun-LANUN-rasuah-FITNAH menipu & bnar7KELIRU kan ummah
JADI
Jd sama2 saksikanlah..
Sape?
sape??
sapekah??? yg lebih jahat serta lebih BEJAT drp siFiraun itu disisi ALLAH????!
AWAS!!!
Nota:
KELIRU = TOPENG= sjahat7TIPU didisi ALLAH
KELIRU = TOPENG = sbejat7FITNAH disisi ALLAH
KELIRU = slicik7TABIAT-akidah-MURTAD-Yahudi mmrangkap-mngHAMBAkan ssama umat mnusia
KELIRU = sbejat7FITNAH-songsang-MURTAD dsisi ALLAH
Yang lebih praktikal, denda yang dikenakan adalah beberapa jam melakukan kerja kebersihan berbanding denda wang... tapi kalau tak bayar guna wang bila nak dapat balik modal beli spek itam tu.
ReplyDelete