11 June 2018

Cukup Cukuplah Politiknya

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya Kerajaan Malaysia pimpinan Pakatan Harapan sedang mempergunakan media untuk membentuk persepsi bagi pelbagai kes yang semuanya nak disangkutkan (disabitkan) dengan 1MDB...

Pada gua proses propaganda membentuk persepsi ni adalah sama serupa dengan apa yang Kerajaan Malaysia pimpinan BN pernah buat dahulu.. sebijik sebuntat...

Ini adalah sikap yang sebenarnya tidak professional yang mana secara tidak langsung akan mempengaruhi proses Mahkamah nanti jika ada...

Jika betul siasatan yang dibuat ada mempunyai cukup bukti, sila buatlah pendakwaan... janganlah mainkan isu ini setiap hari sehingga membentuk persepsi... yang mana ianya adalah satu tindakan yang tidak wajar seperti mana ada satu pepatah yang mengatakan "kalau setiap hari dihidangkan dengan kenyataan palsu, akan sampai masa kenyataan palsu dan betul menjadi tiada beza"

Ader paham ka???

9 comments:

  1. dulu jaman matde sebulan sebelum anwar diterajang
    keluar dalam akhbar tajuk:
    tiada pemimpin ynag akan lepas dari tindakan hukum negara
    walau pun pemimpin tinggi kerajaang kunon bunyinya
    rupanya dah pakat nak pedajai anwar kalau tak mau letak jawatang

    guna media untuk capai matalamat halalkan cara

    matde tetap matde cuma pati saja lain
    awas semua

    ReplyDelete
  2. woi, hang ada faham ka 1MDB? Dok diam ler....

    ReplyDelete
  3. Gelojoh sangat dol. Baru sebulan mula siasatan sambung tahun 2015 dulu. Bukti skandal 1MDB dah banyak kena rampas, bakar dan manipulate bawah Najib. Nampak sangat Najib tengah over confident sekarang. Mesti pencuri sudah buat semua evidences hilang. HAHAHA.

    Singapore nak tutup 2 buah bank dan penjara pegawai bank kes money laundering 1MDB pun dekat 2 tahun siasatan dan pendakwaan. Kes duit 1MDB di Swiss pun belum selesai sampai sekarang. Belum masuk Equanimity yang kena rampas FBI untuk kumpul bukti di California Court kes money laundering 1MDB. Lebih 3 tahun nak kesan baru dapat. Tapi sebab MLA kantoi habis FBI kena pulang balik. Sebab itu kena siasat sampai habis dol. HAHAHA.

    ReplyDelete
  4. Serang dulu buat persepsi baru cari bukti? Kalo cantu wat senyap2 dulu la kalo kalah malu weii. Ke baru nk reka cipta bukti cam tilam anuar dulu?

    ReplyDelete
  5. Pelan pelan kayuh la bro.. kasi la raya dulu..

    ReplyDelete
  6. Penat la buat kuih....meh lagu raya satu😝

    ReplyDelete
  7. Nak lawan dgn loyar2 yg power dr amerika hang ingat mcm kes tak bayaq parking ka? Pakai la akai sikit...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???