06 November 2020

Bajet 2021 Bajet Perangkap

Bhai/DeeDee semua...

Cukup banyak gula-gula yang telah ditonjolkan dalam pembentangan Bajet 2021 yang baru sahaja selesai dibentangkan petang ini...

Apa yang gua nampak... Ini semua adalah satu bentuk perangkap buat Pembangkang... Dengan usaha Pembangkang untuk menolak Bajet ini dengan tidak mengundi usul ini... yang mana dilihat Muhyiddin Yassin tak ada cukup majoriti maka ianya akan memberikan satu masalah kepada Pembangkang...

Rakyat terbanyak yang merasa sedap dengan umpan gula-gula ini pastinya akan memandang usaha Pembangkang semacam menidakkan peluang mereka untuk mendapat gula-gula ini...  Pastinya rakyat terbanyak yang sudah terbiasa dengan dedak akan marah...

Dan ini akan menyebabkan Pembangkang dikecam dan terus dilihat tidak prihatin rakyat....

Ini lah yang gua maksudkan ... bajet 2021 bajet perangkap.

Hampeh aaa

1 comment:

  1. nak kata bajet gula gula ke.. guli guli ka geli geli ka... ada kami kisah...!?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???