13 December 2020

Pengurusan Zakat Sudah Semakin Mengarut

Bhai/DeeDee semua...

Gua nak tanya lu orang la..... 

Aperkah syarat untuk menjadi seorang Amil Zakat? Cuba lu orang bagi tafsiran kepada gua.... Cuba semak Sirah Nabi.... siapa yang Rasulullah s.a.w lantik sebagai Amil Zakat?

Adakah boleh orang / organisasi bukan Islam dilantik menjadi Amil Zakat? Sudah tiadakan orang / organisasi Islam yang boleh dilantik menjadi Amil Zakat? Bukankah Pos Malaysia (agensi kerajaan) ada dilantik menjadi Amil Zakat?

Takkan lah sebab perkataan Amil Zakat telah diubah menjadi Ejen Kutipan Zakat... maka bolehlah dilantik sesiapa sahaja menjadi Ejen Kutipan Zakat? Dimana justifikasi benda ni? Dimana dalil yang membolehkan ianya berlaku?

Aderkah sebab digunakan perkataan Ejen Kutipan Zakat... maka sesiapa sahaja waima orang / organisasi kuffar / musyrik pon boleh menguruskan kutipan zakat? Apakah dalil yang membolehkan orang / organisasi kuffar / musyrik melakukan aqad dalam urusan Zakat?

Makin mengarut lah pengurusan Zakat yang ada di Malaysia nih... makin jauh dari standard yang ditetapkan oleh Islam.... Kepada yang masih tak nampak benda nih... gua tatau lah nak cakap apa.... gua mufaraqah pada pengurusan Zakat nih....  depa nak masuk Neraka... lantak kat depa... gua takmo terlibat... gua murafaqah.


Bayangkan... hari ini LZS lantik Shopee jadi ejen kutipan zakat  ... esok lusa siapa pulak?? Boleh kot lepas nih boleh bayar zakat kat Magnum, Toto atau Damacai....  ataupun boleh bayar zakat kat Kasino Genting kot lepas nih... Semua nih aderlah premis perniagaan halal yang dilesenkan oleh Kerajaan.... 

Giler aaa..


1 comment:

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???