24 January 2021

Maknanya Selama Ini Ada Kos Tersembunyi Lah Ya?

Bhai/DeeDee semua...

Dalam kelam kabut dan dolak dalik Hospital Swasta nak menjawab isu bantuan kepada KKM berkaitan rawatan Covid-19... secara tak langsung pihak Hospital Swasta telah membocorkan sesuatu yang gua sentiasa syak ujud di dalam perkhidmatan Hospital Swasta Malaysia..

Mereka telah mengatakan bahawa untuk memberikan bantuan kepada KKM, mereka telah mengorbankan kos tidak langsung dan kos tersembunyi yang mana ianya tidak akan dikira. Ini kerana pada pandangan mereka itu sudah merupakan satu pengorbanan yang sangat besar.

Agak-agak lu orang la... berapa sebenarnya nilai dalam RM bagi kos tidak langsung dan kos tersembunyi itu? 10% dari nilai caj keseluruhan yang dikenakan kepada lu orang semasa mendapatkan rawatan di Hospital Swasta? Atau 60% dari nilai caj keseluruhan?

Gua tatau berapa sebenarnya tapi yang pasti ianya mesti besar dan menguntungkan mereka... Lagi pon selama ini harga caj memang akan "bloated" bagi yang bayar secara perlindungan Insuran... bagi yang bayar tunai... mungkin agak kurang sedikit...

Malah daripada statement Hospital Swasta nih dah memperlihatkan bahawasanya walaupun mereka membantu KKM, ianya tidaklah percuma... sebab Putrajaya sendiri terpaksa memperuntukkan RM100 juta untuk melibatkan hospital swasta dalam merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19. 

Meskipun belum menerima perincian mengenai bagaimana wang itu akan digunakan, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Dr Kuljit Singh menyifatkan RM100 juta itu “sudah tentu tidak cukup”, tetapi ia satu permulaan yang baik.

“Kami boleh caj pesakit daripada hospital awam daripada RM100 juta itu. Kami sentiasa boleh runding berkenaan harga"


Itu maknanya tiada servis percuma untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan wabak ini melainkan ada keuntungan kepada Hospital Swasta.... Ini bukanlah sikap yang bagoosh... Terlalu sangat la Kerajaan Malaysia nak menjaga hati pihak Hospital Swasta nih yang dipunyai oleh Kapitalis, GLC dan para Dewa Kayangan..

Celaka betul lah. Langsung tak boleh nak berkorban untuk Negara... Patut lesen Hospital Swasta nih dibatalkan jer... macam celaka... Babik betul lar..



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???