12 January 2021

Nak Hantar Memorandum Pun Payah

Bhai/DeeDee semua...

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka... diceritakan bahawa pada setiap hari Rabu... Sultan Melaka akan menerima mengadap mana-mana rakyat dalam Negeri Melaka bagi mendengar permasalahan rakyat... Masa inilah juga ketua-ketua kampung akan hadir membawa khabar kampung mereka kepada Sultan Melaka....

Tak ader birokrasi... takder ader kena amik permit... takder banyak cekadak...

Aper korang ingat Kesultanan Melayu Melaka punya sempadan hanya sebesar Negeri Melaka yang ader sekarang nih ka?? Deyy... mana ader besar tu ja.... Kesultanan Melayu Melaka punya sempadan lebihkurang satu Semenanjung Tanah Melayu la bhai dan kawasan-kawasan yang lain ....

Tapi... la nih.... bila gua baca pasai Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) gagal menghantar memorandum kepada YDP Agong... gua memang rasa geram..... Payah betul ka nak sampaikan maklumat kepada YDP Agong???


Apersal susah sangat YDP Agong nak terima memorandum.... Bukan perlu YDP Agong sendiri nak kena bertemu dengan yang menghantar memorandum... Tak perlu pon YDP Agong terima sendiri pon... cukuplah pegawai Istana jer... macam Ketua Kerani ka.... kalu payah sangat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja nak pi amik dan terima memorandum tue...

Takkan la tabley tetapkan sorang pegawai pi jumpa mana-mana orang yang nak bagi memorandum...

Paling cikap pon.... Jaga Istana tue boleh ja terima semua dokumen memorandum tue... bagi pihak pejabat YDP Agong... amik dan chop "Telah Diterima pada tarikh sekian-sekian" ... Takkan itu pon susah kot???  Ini siap nak kena ader permit Polis bagai ... nak antar dokumen je pon.... adoilah...

Benda paling simple ja....

Betul la Istana Negara dan mana-mana Istana kena ader protokol... tapi rasanya tak susah kalu sediakan seorang pegawai untuk tugas terima apa-apa dokumen atau memorandum..... Rasanya kat Istana ader ramai kakitangan ... takkan tak tabley peruntukkan seorang kakitangan.... 

Macam mana la YDP Agong nak tau apa yang berlaku... nak tau luahan rakyat... nak tau cerita ... kalu rakyat susah nak sampaikan info.... adoilah... sebab itu la sekarang ni YDP Agong hanya dapat cerita yang molek-molek ja... cerita yang suci mulus ja.... dari mulut-mulut yang dekat dengan dier.... yang telah difabrikasikan jer sampai ke telinga YDP Agong....

Ubahlah wei... Sultan Melaka pon boleh buat sesi bertemu rakyat...

1 comment:

  1. Apa boleh buat, pacal yg hina. Tapi yg pegawai2 jer lebih sudu dr kuah. Masih tak belajar lg ke knp ibukota baghdad dijarah oleh mongol dan pol pot bunuh org2 yg berpelajaran.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???