17 January 2021

Saman RM5 Juta Kalau Engkar

Bhai/DeeDee semua...

10 bulan telah berlalu dimana semua tanggungjawab kesihatan berkenaan covid-19 dibebankan kepada perkhidmatan kesihatan awam KKM dan pihak kesihatan swasta berlepas tangan tanpa prihatin.

Tanpa proklamasi darurat memanglah akan terus kekal pihak swasta berlepas tangan. Pihak Insuran lagi awal berlepas tangan.

Kini setelah diarahkan bertanggung jawab pada kadar minima 10% pun pihak kesihatan swasta memberikan macam-macam alasan dan songel.

Nampak sangat selama ini pihak kesihatan swasta hanya pentingkan duit dan untung semata-mata tanpa obligasi kesihatan seperti mana dalam akujanji perkhidmatan kesihatan mereka dahulu.

Siapa disebalik perkhidmatan kesihatan swasta ini? Siapa sebenarnya mereka? Bagaimana mereka mengambil kesempatan atas kenaifan warganegara Malaysia.

Konon perkhidmatan mereka terbaik dan professional katanya tapi dalam realiti mereka dengan selambanya memindahkan beban risiko kepada perkhidmatan kesihatan awam setiap kali ada kes.

Sembang ja semuanya nih.

Nanti ada masa gua akan dedahkan satu-satu modus operandi perkhidmatan kesihatan swasta ini... yang kuat sangat sembang konon mereka lebih baik dari perkhidmatan kesihatan awam.

Tunggu...



1 comment:

  1. pimampos la kesihatan swasta.pi mampos la kerajaan bangang yang potong bajet kesihatan

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???