04 January 2021

Tekanan Demi Tekanan

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya masak lah Muhyiddin Yassin nak bertahan nih... dah makin kerap tekanan demi tekanan yang dibuat terhadap pemerintahannya... Tekanan nak membubarkan Parlimen dan seterusnya memungkinkan PRU15 berlaku lebih awal...

UMNO Kelantan dan Terengganu nampaknya sebulat suara tidak mahu bekerjasama dengan Perikatan Nasional sama ada diperingkat Negeri mahupun diperingkat Persekutuan.... Isyarat jelas telah pun diberikan oleh beberapa tokoh UMNO di kedua-dua negeri ini...

Tambah lagi tekanan diperingkat Pusat yang diberikan oleh UMNO terhadap kepimpinan Muhyiddin Yassin... terurama dalam kes Ahmad Jazlan Yaakub yang telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Pengumuman itu sehari selepas dia memberi kata dua kepada kerajaan PN agar segera membubarkan Parlimen atau dia akan melepaskan jawatan dalam kerajaan, semalam.

Ia dilihat sebagai langkah drastik memandangkan Ahmad Jazlan pada mulanya memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada PN.

Bercakap selepas mesyuarat tahunan Umno bahagian Machang semalam, dia berkata suara akar umbi dan prinsipnya perlu ditegakkan selepas 12 bahagian Umno di Kelantan meluluskan usul untuk tidak meneruskan kerjasama dalam kerajaan PN.



1 comment:

  1. O yeah. PRU15 mengejut.
    Let c who will die....
    UMNO or TSMY? Kekeke..
    Sombong bongkak. C u in PRU15.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???