03 February 2021

At Least Najib Razak Berani

Bhai/DeeDee semua...

Macam gua ader cakap hari tue la... Buku memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas memang mengundang banyak cerita dan sudut pandang yang berbeza... Ramai orang yang tersabit nama mereka dalam buku ini... Paling ketara adalah cerita Mahathir Mohamed, Anwar Ibrahim dan Najib Razak...

Ader gak dalam buku ini terkait dengan PAS dan Adib Bomba..

Gua ader cakap sebelum nih... kalu ader sesapa yang tak puas hati terhadap Tommy Thomas... boleh ja saman Tommy Thomas atas kandungan buku memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas (My Story: Justice in the Wilderness) nih... takder hal...

Daripada sembang bising ja... tak guna semua tue... Baik ambil tindakan undang-undang dan guaman.... apa lagi tunggu... tak perlu tepis sana sini... straight to the point...

Nampaknya... at least Najib Razak berani... dier dah arahkan peguam glamer dier Muhammad Shafee Abdullah untuk failkan tuntutan gantirugi RM10 juta dan permohonan maaf yang sebenar-benarnya... atas alasan dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu ....

Dalam memoirnya, Thomas berkata Sirul telah memberikan bukti yang membenarkan dakwaan tertuduh bersama Azilah, yang membabitkan keterlibatan Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya. 

Thomas berkata dia diberitahu Sirul sebelum itu telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Australia bahawa dia diarahkan untuk membunuh perisik asing, seperti yang didakwa oleh Azilah.




1 comment:

  1. Bhai spy leman asing memang patut dibunuh.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???