12 February 2021

Sugar Baby? Rahsia Terbuka. Bukan Benda Baru.

Bhai/DeeDee semua..

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah syarikat (SugarBook) yang memaparkan statistik berkenaan Sugar Daddy dan Sugar Baby... Pada ramai orang... pendedahan ini amat mengejutkan.... tapi bagi pihak keselamatan Malaysia... ianya adalah satu rahsia terbuka. Ianya bukan benda yang baru... sudah puluhan tahun ianya dikesan di Malaysia

Berita ini jika dikaji dengan lebih mendalam sebenarnya memperlihatkan betapa rosaknya pelajar-pelajar yang berada di Institusi Pendidikan... Ianya bukan sahaja melibatkan Institusi Pendidikan di Malaysia tapi diseluruh dunia...

Bagi Cawangan Anti-Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) PDRM Bukit Aman, berita yang tersebar ini memberikan satu cabaran besar buat mereka menyekat dan menghalang perkara ini dari terus membarah. Walaupun kerap dibuat serbuan ke atas premis-premis hiburan dan tempat penginapan mewah... tapi banyak kes hanya berjaya dirungkai hanya dengan bantuan orang dalam...

Aper pon ... perkara ini perlu dibenteras demi untuk menjaga nama baik institusi pengajian tinggi di Malaysia (sama ada swasta mahupun awam) dan juga demi moral.

Marilah kita sama-sama terlibat memantau dan juga memastikan bahawa anak-anak kita tidak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini... Pemantauan secara berkala dan ekstreme perlu dibuat di institusi yang dinamakan ini... Sedih bila satu institusi pengajian tinggi awam yang pelajarnya hampir 100% Melayu Islam seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlibat dengan industri Sugar Baby Sugar Daddy ini.... 

Ada juga dalam laporan lain yang mengatakan bahawa ada pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga terlibat dalam industri tidak bermoral ini... Ianya juga perlukan pemantauan yang berkesan



2 comments:

  1. wow ramainya pelajar u merupaakan sparepart.Barang terpaaaaaakai.

    ReplyDelete
  2. Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka menggenggamkan tangannya.
    Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik.

    Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.
    Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
    Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
    sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    bila ada pihak ynag sukarela nak jalankan kerja cegah mungkar
    banyak pulak puak yang larang
    nak dapat rahmat oleh Allah macamana

    sisi lain
    Policeman under investigation for texting woman after taking her phone number at MCO roadblock
    A woman had taken to Twitter to complain about a police officer who stopped her at a roadblock set up as part of the movement control order (MCO), took down her details including her phone number and later texted her asking if they could be friends

    ni hanya minta jadi pren

    sakit jiwa melanda sana sini

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???