16 July 2021

Saat Institusi Kehakiman Dilacurkan (Tular)

Bhai/DeeDee semua...

Tak kisah la belah mana pun.. biasanya kalu ader kes rasuah melibatkan ahli politik... pasti akan selamat.. tular macam mana pun kes ahli politik tu makan rasuah, tetap pasti ahli politik itu akan selamat. Ini semua berlaku saat institusi kehakiman dilacurkan demi sedikit kuasa dan kepentingan

Sebab masing-masing ada kepentingan dan deal belakang tabir. Selagi mana kehakiman dan perundangan di Malaysia tidak bebas dan diletakkan dibawah kuasa autonomi ... selagi itulah masalah tetap timbul dan segala salahguna kuasa boleh berlaku tatkala saat institusi kehakiman dilacurkan.

Itu sebab kita mahukan pengasingan kuasa dalam Institusi Kehakiman yang telus, tegas dan teratur.

Apa pun.... setakat masa nih... salahguna kuasa dan rasuah melingkari hampir kesemua ahli politik di Malaysia yang pasti selamat dari tindakan perundangan dan kehakiman sewaktu saat Institusi Kehakiman dilacurkan.

Adoilah.

#Rasuah #Mahkamah #SalahgunaKuasa

1 comment:

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???