02 August 2021

Kantoi, Menteri dan KP KKM Cuba Mengelak Prosiding PAC

Bhai/DeeDee semua...

Nampak gaya pelbagai cara digunakan oleh Menteri Kesihatan dan KP Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengelak daripada hadir dalam prosiding dihadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC).

Menteri dan KP Kementerian Kesihatan (KKM) cuba menggunakan alasan penularan Covid-19 untuk mengelak Prosiding PAC.. namun ianya kantoi.

Ini kerana Pengerusi PAC Wong Kah Woh telah melihat bahawa cubaan menggunakan alasan penularan Covid-19 untuk mengelak Prosiding PAC adalah tidak matang dan tidak sewajarnya. Dijangkakan hanya ada kurang dari 30 orang yang akan hadir dalam prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) tersebut.

Bukannya ramai orang pun... Jadi tiada masalah dan tiada alasan sepatutnya boleh dibuat. Tidak boleh mengelak lagi untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC).

Hahaha... kita tengok bagaimana dan apa jawapan Menteri Kesihatan (Dr Adham Baba) dan KP Kementerian Kesihatan (Dr Noor Hisham) dalam prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) tu nanti.

#AdhamBaba #NoorHisham #PAC #AuditAwam #Parlimen #Kantoi
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???