29 October 2021

Maybank Kena Godam?

Bhai/DeeDee semua...

Benda macam nih memang boleh dijangkakan... bilamana ramai pelanggan Maybank hilang duit mereka secara tiba-tiba... Adakah Maybank kena godam?

Beberapa pelanggan Maybank mengalami insiden pelik minggu lepas apabila kad bank mereka dikenakan caj dalam beberapa siri transaksi, yang didakwa tidak mendapat kebenaran, menyebabkan mereka percaya butiran kad itu telah dikompromi.

Insiden itu menyaksikan sejumlah kecil wang ditolak daripada akaun bank mereka melalui pelbagai transaksi.


Dalam banyak keadaan... gua suspek data-data butiran pelanggan ini digunapakai untuk transaksi e-dagang secara berturut-turut pada nilai kecil yang sama ada menggunakan sistem auto-debit ataupun paywave...

Ingat... bukanlah susah pun kalu nak debit melalui paywave...

Dan apa yang berlaku walaupun PDRM akan kata ianya adalah isu kecil tapi tetap mempunyai risiko kepercayaan (trust) yang tinggi yang mana boleh menyebabkan pengguna beralih arah dan menolak dari menggunakan Maybank.

Kad Debit nih bagoosh... tapi mudah disalahgunakan oleh penggodam. 

Aper pun.... sila berhati-hati...


2 comments:

  1. E dagang lu pergi save butiran kredit kad sapa mengajor...?

    ReplyDelete
  2. Bro, sedikit nasihat. Kalau guna ATM pastikan tiada alat skimmer dan pastikan guna mesin ATM di tempat yang selamat. Gua syak dia orang guna alat skimmer pasif untuk dapatkan nombor akaun serta nombor CVV saja. Juga guna wallet aluminium atau sebarang logam untuk mengelakkan dari discan oleh RFID scanner.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???