Bila PDRM buat tawaran diskaun pembayaran saman sehingga 80% hanya untuk 4 hari... maka berduyun-duyun lah orang hadir membayar saman PDRM... yer la bukan senang nak dapat diskaun 80%... sampai bersesak-sesaklah semua IPD dan IPK orang beratur...
Tawaran terhad nih bagoosh sebenarnya... sebab ramai yang ada saman tertunggak sekian lama... ader yang dikatakan sampai 50 saman atas satu nama/kenderaan... Gila kan.,..
Tapi... tapi bila Ketua Polis Negara tetiba sambung pulak tarikh sampai 31 Disember 2021... Satu Malaysia kena scam..... pada gua ini adalah satu kesilapan dan cara yang bodoh... Ianya secara tidak langsung akan membiasakan mentaliti orang Malaysia yang mana suka berlengah-lengah dan mengambil sikap acuh tak acuh...
Dan jika dimasa depan ada tawaran lagi macam ini pada waktu pendek... orang Malaysia tetap akan berfikir yang ianya tentulah akan disambung masanya... inilah kesilapannya... kita membiasakan rakyat dengan memanjangkan tarikh dan masa...
PDRM ingat bila dipanjangkan tarikh akan menyebabkan lebih ramai akan keluar membayar saman... walhalnya ianya tidak bergitu... sebab orang Malaysia tetap akan berlengah-lengah dan ada yang buat tak ambil berat tawaran diskaun saman ni...
Disinilah kesilapannya... kalau dapat 4 hari boleh buat collection sebanyak RM109juta... yang menyelesaikan 2.3 juta saman.... percayalah 18 hari yang diberikan masa tambahan ... silap-silap hanya dapat mengutip separuh dari nilai awalan ini dengan nisbah saman yang kurang daripada sebelumnya...
Tarak percaya... tengok la nanti... Hahaha
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???